OUR ADVERTISEMENT

Monday, October 31, 2011

Video dan Gambar Nahas Kereta Api selepas berlanggar dengan Lori di Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia fahmi di sini.


Fahmi di sini cuma nak kongsikan video dan beberapa gambar dalam nahas kerata api apabila merempuh sebuah lori tangki kira-kira 5.30 petang tadi. Kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas dan berhadapan dengan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.




Video dan gambar-gambar di atas aku ambil dari rakan-rakan facebook. Semoga Allah melindungi kepada mereka yang terlibat dalam TRAGEDI PENGHUJUNG OKTOBER ini...
Amin Ya Rabbal Alamiiin...

DRAMA Isteri Muda...sanggupnya dikau...

Faizal mendedahkan penipuan isterinya kepada wartawan Harian Metro. 
Gambar kecil, didakwa ditipu, isteri kedua Faizal.

KUALA LUMPUR: Dia memperkenalkan diri sebagai penerbit drama berstatus Datin dan pada hakikatnya, wanita itu bijak ‘bermain wayang’ apabila memperdaya banyak pihak termasuk suaminya.

Itu kelicikan wanita berusia 34 tahun yang setakat ini memperdayakan sekurang-kurangnya lima mangsa membabitkan kerugian mencecah RM250,000.

Selain lima mangsa berkenaan, suami wanita itu sendiri yang mahu dikenali sebagai Datuk Faizal membuat laporan polis mengenai penipuan isteri keduanya itu selepas mendapati dirinya diperalatkan.

Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu.

“Ogos lalu saya membayar bil telefon itu yang sebelumnya tidak aktif selepas gagal melunaskan bil RM2,000. Sebaik telefon diaktifkan, saya terkejut apabila mendapati SMS diterima daripada nombor tidak dikenali yang meminta imbuhan hasil satu perniagaan berasaskan pelaburan.

*macam-macam...dunia oh duniaa...mungkin c 'datin' ne nak lawan Erma Fatima...huhu

Saturday, October 29, 2011

Kita Hanya Insan Biasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah setelah sekian lama memerah otak untuk berperang pada peperiksaan semester walaupun pelurunya hanya ditujukan di atas sekeping kertas putih..ku telah melepasi ‘azab pedih’ yang ku harapkan pengakhirannya akan memberikan kebahagiaan pada diri ku. Hanya kepadaMu ku berserah Ya Allah.

Ok tutup bab bab exam ne dulu, korang semua pun memang pernah rasa gak kan..hihi..banyak perkara yang aku dah ketinggalan kat dunia blog ne, maaf yew kepada korang yang tertunggu tunggu dengan entri terbaru dari blog aku ne. Tapi tak mengapalah, patah tumbuh hilang berganti..sebab berlambak blog-blog yang ber'genre'kan macam blog aku ne...bukan majoookk tau.

Nak buat perubahan sikit kat blog aku ne, hmmm pasal diari kehidupan? Fashion? Kecantikan? Hihi...blog cinta?...wow! tak sanggup la aku nak jawab soalan if ada someone tanya pasal chenta chenta ne, walaupun pengalaman tu ada tapi belum cukup untuk mendalami soal soal cinta ne, lagi pun aku sendiri belum bersedia untuk serius dalam percintaan buat masa ne. Sesungguhnya lagi indah berkasih sayang dengan famili..salam, pelok, cium tu memang dah selalu aku buat kat famili aku, expecially to my mom & dad.

Latest, banyak perkara baru yang telah ku pelajari yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mungkin inilah satu titik permulaan untuk aku melangkah sedikit ke hadapan. Perkara yang dipelajari tanpa berfikir panjang memang pengakhirannya akan memberikan kedukaan kepada diri kita sendiri, namun semua itu dapat dijadikan sandaran untuk kita belajar dari kesilapan yang dilakukan.

Inilah yang dikatakan kehidupan, semakin meningkat usia maka duri onak kehidupan juga harus dilalui dengan penuh kesabaran. Tidak guna juga andai seseorang itu hanya memiliki kebahagian di dunia tetapi kecundang di hari pembalasan. Nauzubillah...selayak-layaknya manusia yang mempunyai ilmu harus menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya yang boleh memberi kemanfaatan kepada orang lain bukan untuk dijadikan senjata bagi membunuh orang di sekeliling. Nikmat Allah kepada hambaNya boleh ditarik pada bila-bila masa andai hambaNya menyalahgunakan nikmat yang diberikan.

Bukannya diri berlagak alim tetapi sebagai manusia tidak salah untuk kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Kadang kadang apa yang kita buat semuanya baik di mata kita, tapi di mata orang lain?...menyampah? over?..tu kita kena jaga...andai sikap atau kelakuan kita buruk di mata orang lain maka akan lebih teruk jika kita sendiri sukar untuk menerima sebarang teguran. Ya mungkin kita berpandangan bahawa buat apa nak kisah dengan orang lain, sendiri punya hal...tapi yang di Atas? Maha Mengetahui. Walaupun dari fizikal seseorang itu seperti 'malaikat' namun pada hakikatnya hatinya masih kotor.


So and so..jadilah orang yang mudah disenangi..tidak kira yang sedang hangat bercinta, rakan taulan...terutama sekali kepada keluarga kita sendiri, itu yang penting.

Hmmm setakat ne sajalah fahmi di sini berkongsi cerita, maaflah yew jika entri kali ne macam offsite sikit yang penting korang faham keyh...ada masa kita jumpa lagi...sayang kamoo semua ;)



*entri ne dah lama aku simpan kat draft seminggu selepas abes final...hihi

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com