Moscow, seorang lelaki maut selepas menanam dirinya hidup-hidup di sebuah taman di Blagoveshchensk, semalam. Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 35 tahun itu mahu menguji ketahanan dirinya dengan bermalam di bawah tanah.
“Dia meminta rakannya menanam dia semalaman,” katanya. Mereka menggali satu lubang di taman dan memasukkan keranda diubah suai yang dilengkapi saluran udara.
“Dia meminta rakannya menanam dia semalaman,” katanya. Mereka menggali satu lubang di taman dan memasukkan keranda diubah suai yang dilengkapi saluran udara.
Jurucakap itu berkata, lelaki terbabit turut membawa selimut, sebotol air dan telefon bimbit ketika berbaring dalam keranda itu. Selepas menanam keranda bersama lelaki itu sedalam kira-kira 20 sentimeter, rakan mangsa pulang sebaik dihubungi melalui telefon memaklumkan semuanya selamat.
“Bagaimanapun, keesokan harinya lelaki terbabit didapati mati dalam keranda itu,” katanya. Hujan lebat pada malam itu mungkin menyekat bekalan udara ke keranda berkenaan.
“Bagaimanapun, keesokan harinya lelaki terbabit didapati mati dalam keranda itu,” katanya. Hujan lebat pada malam itu mungkin menyekat bekalan udara ke keranda berkenaan.
6 comments:
kerja gila betul tanam badan kat dalam tanah.
untuk apa di menanam diri tu?? ish...
@munirah nak tunjuk kuat la tu...huhu
@kotak bulat konon nak uji ketahanan diri...uuu
Nah baru tahu:P
aduhYai!!! bkn ke krja gla tu tnm dri...ish3x...x psl2 "mati"...huh! kja bduh..hurMM...mnusia2x....=.=
Post a Comment