OUR ADVERTISEMENT

Tuesday, June 14, 2011

Bayi bertali pusat ditemui dalam plastik

Kasihan melihat keadaan bayi yang ditinggalkan dalam balutan plastik, saya berlari mengambil payung di pondok pengawal untuk melindungi bayi itu,” kata Nair Sagar, berhubung penemuan bayi seorang perempuan di Platinum Walk, Kuala Lumpur, semalam.

Nair, 19, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan berkata, penemuan bayi perempuan yang dipercayai dibuang itu dimaklumkan seorang lelaki yang mahu meletakkan kenderaan di bangunan terbabit di Jalan Langkawi Danau Kota, Setapak.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat itu dibaluti beg plastik, surat khabar dan sehelai kain, malah terdapat lubang kecil pada plastik berkenaan dipercayai bagi membolehkan bayi itu bernafas.

“Selepas dimaklumkan lelaki terbabit, saya memeriksa bungkusan terbabit dan mendapati ia berisi bayi. Saya buka balutan terbabit kerana bimbang dia kepanasan sebelum meminta bantuan majikan membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, polis dan anggota paramedik tiba di tempat kejadian 10 minit selepas itu dan memotong tali pusat bayi berkenaan. Bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. Katanya, keadaan bayi itu kini dilaporkan sihat dan tiada kecederaan.

2 comments:

zarul farhana said...

xhbis2 lg kes nie...

* Rosita * said...

aihhh....buat sedap....pastu dibuang....lau xnak bagi la kat aku nih..biar aku jaga...geram tulll....

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com