OUR ADVERTISEMENT

Tuesday, June 7, 2011

Lemas dalam besen

gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan yang pada awalnya menonton televisyen bersama kanak-kanak lain ditemui lemas dalam besen di bilik air di pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Paya Terubong, Air Hitam, Georgetown.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika mangsa, Stella Chew Xing Rou, berusia dua tahun berada di pusat berkenaan bersama kanak-kanak lain sambil menonton televisyen.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Halim Bulat, berkata penjaga dipercayai tidak menyedari mangsa tiada bersama kanak-kanak lain ketika menonton televisyen. Menurutnya, penjaga terbabit mencari kanak-kanak berkenaan di sekitar pusat itu dan menemuinya di dalam bilik air sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan pusat berkenaan.

"Mangsa dikejarkan ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Farlim, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia dan ibu bapa mangsa membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP). “Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk dilakukan bedah siasat yang dijangka dilakukan hari ini bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Abd Halim berkata, siasatan lanjut dijalankan termasuk mengambil keterangan semua pihak termasuk kakitangan pusat penjagaan kanak-kanak terbabit dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan. Menurutnya, polis belum memastikan punca kejadian kerana masih menunggu laporan lengkap Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi mengetahui sama ada mangsa meninggal dunia akibat lemas atau sebalik
nya.

3 comments:

mas saari said...

entri terima kasih utk awak...

http://www.massaari.com/2011/06/hikayat-1001-follower.html

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)

As Shaari said...

baru tengok blog u...nice

feel free join my blog to :

http://asshaari.blogspot.com

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com