OUR ADVERTISEMENT

Tuesday, June 28, 2011

Lelaki Myanmar mati akibat bergaduh

KULIM: Seorang lelaki rakyat Myanmar mati akibat luka parah di kepala, dipercayai selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Bayu Satu, di sini, awal pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dihantar ke Hospital Kulim pada jam 8 pagi dan disahkan mati pada jam 9.40 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki yang bekerja di kedai pakaian berkenaan terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lagi lelaki Myanmar yang juga bekerja di kedai itu.

Katanya, kedua-dua lelaki Myanmmar itu pulang pada jam 9 malam tadi selepas makan malam dan minum minuman keras sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka yang berakhir dengan pergaduhan. 

Ghuzlan berkata, terdapat kesan tompokan darah di sekitar kedai itu dan polis menemui seketul batu yang berlumuran darah di hadapan kedai berkenaan. 

Beliau berkata, polis menahan tiga lelaki rakyat Myanmar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian untuk membantu siasatan dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang tinggal sebilik dengan mangsa. - BERNAMA 

2 comments:

eva_evo said...

tudia..lg cepat dari wartawan..huhu..cek owg kulim pon xtau cite..

CikHaniBhulat said...

tu la..gaduh lagik..xpasal2 kena tetak..hehe..dunia skrg makin menakut kan..hari2 ada jenayah..scary!!!

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com