OUR ADVERTISEMENT

Saturday, June 11, 2011

Badan terputus dua diseret treler sejauh 10 meter

gambar ihsan google

Kuala Lumpur, seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis apabila tubuhnya terputus dua akibat digilis sebelum diseret sebuah treler sejauh 10 meter dalam kejadian di Kilometer 458.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh itu, kaki mangsa, T Theventheeran, 24, yang maut di tempat kejadian tersangkut pada satu tayar treler terbabit.

Difahamkan, treler berisi keluli itu cuba mengelak sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak. Namun, tindakan itu menyebabkan treler terbabit merempuh motosikal mangsa yang lalu di situ menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang lalu di lorong kiri jalan.

3 comments:

gadis bunga said...

eiiii . mesti banyak gile darah .
entah entah jalan pun habes kena darah an .

: : sang drama king : : said...

: : ish3 .

berhati2 lah lain kali di jala raya .

syafeeqa said...

makkk ngeri~~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com