OUR ADVERTISEMENT

Thursday, June 2, 2011

Bayi menjadi biru

Gambar Hiasan

Di Kuala Lumpur, Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat tersedak susu di sebuah rumah pengasuhnya di Ukay Perdana, Ampang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa tidur dalam sebuah bilik sebelum dikejutkan untuk diberi minum susu oleh pengasuhnya.

Sumber berkata, sebaik mengejutkan mangsa, pengasuhnya pergi ke dapur kira-kira 10 minit untuk membuat susu sebelum menyedari muka mangsa pucat. Difahamkan, ibu bapa bayi itu yang bekerja menghantar anak sulungnya itu setiap pagi ke rumah pengasuhnya berhampiran rumah mereka dan akan mengambil semula selepas tamat waktu kerja.

“Terkejut melihat muka bayi yang pucat dan kebiruan, wanita berusia 40-an itu cuba mengejutkan semula bayi terbabit, namun tiada tindak balas. “Berikutan itu, wanita terbabit yang bimbang keadaan bayi perempuan itu segera menghantarnya ke hospital berhampiran,” katanya.

Menurutnya, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lum pur (HKL).“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tersedak susu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Usaha Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa bagaimanapun tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual. Mayat mangsa dituntut ibu bapanya kira-kira jam 7 malam sebelum jenazahnya dibawa ke surau berhampiran untuk disembahyangkan dan dikebumikan.


7 comments:

SOMEONEYOUNEVERKNOW said...

byk dah kejadian mcm nie. tpi agk pelik laa. die kata bru nk buat susu kan? blum bgi susu. mcm mne ley tersedak susu pulak.. sorry. mgkin saya yg x phm dgn berita nie. huuhuh.

Afsar said...

manusia, macam2..bila ada anak jagalah btul2...haih~

Muhammad Khairul Fahmi said...

@Ummi Atthiyah ILS yup..fahmi pun fikir bgtu..mcm ada kekeliruan di sna...

tnx 4 komen =)

Muhammad Khairul Fahmi said...

@Afsar a aa..anak tu kurniaan Tuhan...hrp apa t'jadi ni jd pengajaran utk kita smua..

Afsar said...

ko nak ajak aku jogging??ok jer..kat ner..wakakaka.. *atlet la sgt..kikikiki

* Rosita * said...

x paham jugak ngan news ni atau metro salah taip

Mylady said...

rasanya pusat asuhan tu nak sembunyikan perkara sebenar..kawan akak pernah buat aduan apabila melihat pusat asuhan hanya meletakkan bantal di bawah botol susu sewaktu memberi bayi minum susu tanpa sebarang pengawasan...inilah yang selalunya menyebabkan kejadian tersedak susu berlaku..

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com