OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, June 8, 2011

Dibogel, kemudian disamun rakan sendiri



gambar hiasan

Malang bertimpa bagi seorang lelaki apabila dia bukan saja kerugian kira-kira RM5,000 selepas disamun rakan baiknya, malah suspek turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel mangsa kepada umum sekiranya membuat laporan polis dalam kejadian di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan mangsa berusia 34 tahun cedera di muka dan hidung selepas ditumbuk dua rakannya kerana tidak mengikut arahan. Sumber polis berkata, dua rakannya itu yang berusia 30-an datang ke rumah mangsa dan meminta tolong menghantar mereka pulang ke rumah di taman berdekatan.


Katanya, mangsa yang mahu mandi menyuruh mereka menunggu di ruang tamu, tetapi sebaik mahu melangkah, dua lelaki itu menarik tangannya menyebabkan dia meronta-ronta.


Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian menggeledah rumah dan mengambil beberapa barangan berharga termasuk komputer riba, dua telefon bimbit, jam tangan dan kad bank milik mangsa.


Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya sejurus kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamalluddin mengesahkan laporan itu.





2 comments:

meLLy! said...

Ya Allah, macam2 kes sekarang. mintak dijauhkan lahh .. amin

Rfiyy_tHeGastropod@gUrL said...

lelaki pn ble kena samun ye?.. hebat pnyamun 2...

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com