OUR ADVERTISEMENT

Saturday, June 18, 2011

Cubaan curi badak sumbu di muzium gagal

gambar ihsan google

BRUSSELS -Tindakan pantas polis berjaya menumpaskan cubaan dua lelaki mencuri sumbu badak dari muzium, lapor agensi berita Belga, semalam. Cubaan mencuri itu disedari apabila pengawal Muzium Sains Semula Jadi Liege terdengar bunyi mencurigakan sejurus sebelum ia ditutup.

Belga melaporkan, seorang lelaki mencabut sumbu dari kepala badak itu dan menyembur gas pemedih mata ke arah pengawal sebelum membawanya menaiki kereta yang menunggu di luar. Polis kemudian membuat sekatan jalan raya di sekitar kawasan berkenaan dan berjaya menahan perompak terbabit - kedua-duanya lelaki Poland.

Badak diburu bagi mendapatkan tanduknya yang dipercayai mempunyai pelbagai khasiat perubatan.


1 comment:

AnAk dEneSor said...

cian badak..seb bek xjd curi

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com