OUR ADVERTISEMENT

Saturday, June 18, 2011

Aura Ipad di seluruh dunia


Berikut merupakan kejadian pelik yang berlaku gara-gara iPad:

1. iPad digemari di dunia akhirat
Replika iPad yang dibuat dari kertas cukup banyak diminati oleh keluarga berkebudayaan Cina. Mereka membeli replika iPad tersebut bersama replika barang mewah lain untuk dibakar dengan tujuan agar di dunia akhirat dapat digunakan mengikut kepercayaan mereka.

2. iPad menyebabkan rusuhan
 Salah satu kedai Apple di Beijing menjadi mangsa keganasan para penggila iPad 2 yang tidak sabar. Kekacauan yang berlaku menyebabkan 5 orang tercedera. Kerugian harta benda atas kerosakan yang berlaku di kedai Apple juga menyebabkan kedai tersebut terpaksa ditutup sementara.

3. Membayar untuk beratur di barisan pertama
Harga ipad 2 paling murah hanyalah lebih kurang $500, namun Hazem Sayed (dikenali juga dengan iPad 2 hunter) sanggup membayar sejumlah wang untuk menjadi orang yang paling depan di kedai Apple Fifth Avenue. Dia menghabiskan sehingga $900 untuk membayar seorang mahasiswa yang sudah beratur berhari-hari untuk menjadi orang yang pertama memiliki iPad 2.

Namun hasilnya sungguh bermakna kerana namanya menjadi terkenal dan mendapatkan perhatian orang ramai atas projek pengembangan iOS yang dilakukannya. Setidaknya $900 untuk kos promosi masih tergolong cukup murah.

4. Kehilangan jari kerana iPad
Tragis, seorang pemuda dari Colorado yang sedang seronok kerana ingin membeli iPad untuk rakannya di salah satu pusat beli belah berubah menjadi tragedi. Dia terpaksa kehilangan sebagian jarinya akibat mencuba menjaga iPad nya dari diragut. Setelah berlaku peristiwa tarik-menarik dengan peragut, pemuda ini tidak hanya kehilangan iPad, tetapi salah satu jarinya hampir terputus.

5. Menjual buah pinggang demi iPad 2 (klik sini)
Remaja berusia 17 tahun di China rela menjual buah pinggangnya berharga $3100 supaya boleh membeli iPad 2. Remaja ini terjebak dengan sindiket perdagangan organ tubuh pasaran gelap disana. sebiji buah pinggangnya hanya ditukar dengan ipad 2, iPhone 4, dan wang yang tidak seberapa.


4 comments:

Gdsbnga said...

HAHA . gile betol .

Honey Bhulat said...

oi, gila la jual buah pinggang sebab kan ipad...mmg sgt gila...

shafinaz (: said...

Mereng oh jual buah pinggang sendiri -,-

Unknown said...

haha..mcm2 lah :D

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com