OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label canggih. Show all posts
Showing posts with label canggih. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

iPhone dan iPad digunakan sebagai alat muzik pada konsert rock


Sebuah band rock remaja di Rusia mengadakan konsert rock dengan menggunakan iPhone dan iPad sebagai alat muziknya.

Semakin hari,penggunaan iPhone dan iPads semakin banyak. Baru-baru ini sebuah kumpulan band rock remaja yang bernama Cooperative Style yang berasal dari Kazan, Rusia telah membuktikan bahawa Iphone dan Ipad pun boleh digunakan sebagai alat muzik yang baik. Mereka telah menunjukkan kebolehan mereka dalam sebuah konsert rock muzik meskipun baru dalam kategori band tempatan. 

Setelah memasukkan aplikasi untuk drum, keyboard dan gitar ke dalam gadget-gadget ini, di atas pentas mereka mendendangkan lagu-lagu dari kumpulan rock lagenda seperti lagu kumpulan Nirvana, Bon Jovi dan lain-lain tanpa membawa alat muzik yang sepatutnya.

"Kami sedikit sukar untuk memasukkan jiwa ke dalam permainan kami melalui gadget ini, tapi sebagai band yang amatur, kami cukup bangga menjadi band pertama di dunia yang tampil Live menggunakan iPhone dan iPad."kata Ruslan Halikov, gitaris kumpulan Cooperative Style.

Korang boleh tengok sendiri video di bawah ni bagaimana dorang membuat persembahan dengan iringan muzik yang dihasilkan melalui iPhone dan iPad...aku sendiri teruja dengan persembahan dorang ni, rasa macam nak 1 la...hihi...


Wednesday, July 20, 2011

Cas telefon guna air mendidih

Sebuah syarikat Jepun telah membangunkan charger telefon dengan menggunakan air mendidih dalam periuk. Alat tersebut mampu mengubah panas dari air yang mendidih menjadi tenaga elektrik yang berguna untuk menambah daya bateri telefon bimbit atau peranti keci lyang lain.

Ini merupakan gadget terbaru yang dikeluarkan oleh TES New Energy. Pada awalnya periuk yang merupakan alat untuk memasak air berpasangan songket USB yang berguna sebagai alat yang dapat merefleksi panas menjadi aliran elektrik.

Hal tersebut memang ditujukan untuk negara-negara membangun, yang terinspirasi oleh tsunami Jepun baru-baru ini. Sebuah periuk direka untuk digunakan di atas api dari kayu bakar yang normal.

Para pemaju mencatat bahawa suhu api unggun boleh mencapai lebih dari 900 darjah, jauh lebih tinggi daripada yang diperlukan untuk mendidihkan air. Sehingga banyak tenaga yang terbuang di atmosfera atau hilang dalam pemanasan periuk. Demikian yang dipetik Cellular News.

Gadget tersebut yang mereka buat adalah untuk menukar sebahagian daripada tenaga panas yang terbuang menjadi arus elektrik langsung. "Peranti ini boleh mengisi semula telefon rata-rata dari 3 hingga 5 jam," kata mereka
.

Monday, July 18, 2011

Kapal terbang ada kolam renang

Tiada siapa yang boleh berenang di langit, tapi korang boleh berenang di dalam kapal terbang. 6 Jun lalu, McMinnville, Tennessee, pembukaan sayap dan gelombang air dunia yang mempunyai empat kawasan permainan dan termasuk pesawat Boeing 747 membolehkan impian kita untuk berenang seperti di ruangan angkasa menjadi kenyataan.



 

 




Saturday, July 9, 2011

Robot Cantik berkhidmat sebagai jururawat di hospital Jepun



Jepun memang cukup terkenal sebagai negara 'gila' teknologi. Baru-baru ini, sebuah perusahaan setempat memperkenalkan prototipe robot jururawat yang direkabentuk menyerupai jururawat hospital. Robot jururawat bernama 'The Actroid-F' ini diharapkan dapat digunakan untuk membantu perawatan dan layanan pesakit.


Pemilik The Actroid-F Robot jururawat yang cantik ini adalah perusahaan robot Kokoro, perusahaan tersebut bukan hanya memfokuskan ciptaan fungsi robot, namun juga berupaya mewujudkan bentuk fizikal robot yang mungkin cantik dan menarik seperti The Actroid-F, robot cantik ini.




Pereka robot membuat kulit sintetis dari silikon sehingga akan memberikan sentuhan lembut bagi jururawat yang dirawat. Meskipun ttidak dapat berjalan atau duduk, robot ini terlihat begitu nyata dengan ekspresi wajah yang dihasilkan. Robot cantik ini dapat berbicara, tersenyum, dan berkedip sesuai dengan tetapan komputer.


Sementara itu, Japan Times Online menulis, pemerintah Jepun juga memperkenalkan prototipe robot jururawat yang unjurannya mulai bekerja bagi kepentingan umum lima tahun mendatang. Tapi, belum diketahui wujud robot jururawat versi pemerintah ini. Yang pasti, pemerintah dan pengembang di Jepun masih terus melakukan percubaan dan merumuskan standard keamanannya.



Awan buatan Qatar Piala Dunia 2022

Walaupun Jepun menawarkan teknologi yang hebat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bolasepak 2022, Jepun akhirnya kalah dengan Qatar yang sudah terpilih sebagai tuan rumah untuk World Cup 2022.


Pertanyaannya, apa yang ditawarkan oleh Qatar sebagai tuan rumah World Cup 2022? Setidaknya para pemain bolasepak tidak akan kepanasan walaupun suhu di Qatar sangat panas.




Qatar merancang membuat sebuah awan buatan (artificial cloud) di stadium bolasepak mereka dimana awan tersebut dikontrol melalui remote control dan boleh bergerak untk menutupi arah sinar matahari supaya stadium sentiasa teduh.


Mirip seperti sebuah belon raksasa yang diisi dengan helium dan menggunakan 4 buah mesin yang menggunakan sinar matahari sebagai sumber tenaga.


Video:


sumber

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com