OUR ADVERTISEMENT

Thursday, July 21, 2011

iPhone dan iPad digunakan sebagai alat muzik pada konsert rock


Sebuah band rock remaja di Rusia mengadakan konsert rock dengan menggunakan iPhone dan iPad sebagai alat muziknya.

Semakin hari,penggunaan iPhone dan iPads semakin banyak. Baru-baru ini sebuah kumpulan band rock remaja yang bernama Cooperative Style yang berasal dari Kazan, Rusia telah membuktikan bahawa Iphone dan Ipad pun boleh digunakan sebagai alat muzik yang baik. Mereka telah menunjukkan kebolehan mereka dalam sebuah konsert rock muzik meskipun baru dalam kategori band tempatan. 

Setelah memasukkan aplikasi untuk drum, keyboard dan gitar ke dalam gadget-gadget ini, di atas pentas mereka mendendangkan lagu-lagu dari kumpulan rock lagenda seperti lagu kumpulan Nirvana, Bon Jovi dan lain-lain tanpa membawa alat muzik yang sepatutnya.

"Kami sedikit sukar untuk memasukkan jiwa ke dalam permainan kami melalui gadget ini, tapi sebagai band yang amatur, kami cukup bangga menjadi band pertama di dunia yang tampil Live menggunakan iPhone dan iPad."kata Ruslan Halikov, gitaris kumpulan Cooperative Style.

Korang boleh tengok sendiri video di bawah ni bagaimana dorang membuat persembahan dengan iringan muzik yang dihasilkan melalui iPhone dan iPad...aku sendiri teruja dengan persembahan dorang ni, rasa macam nak 1 la...hihi...


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com