OUR ADVERTISEMENT

Saturday, July 9, 2011

Aksi Burung Camar mencuri kamera


Sebuah video unik yang menayangkan seekor burung camar ‘mencuri’ dan membawa terbang kamera filem digital muncul di Internet.

Dalam klip video yang dimuatnaik itu, seekor burung camar dilihat mendekati kamera yang diletakkan seseorang di sebuah kawasan di Cannes, Perancis.

Secara menakjubkan, haiwan berbulu putih itu mencengkam dan membawa terbang kamera itu ke udara, dan merakam pemandangan French Riviera yang permai dari atas. Padahal, si pemilik kamera telah berusaha mengusir burung itu.





Pencuri kecil itu kemudian mendarat berdekatan sebuah benteng dan tanpa disedari terus merakam dirinya.

Pemilik video klip itu, “Opica1983” mengatakan, “Halo semuanya. Saya tidak menggunakan
helikopter dan [video] ini bukanlah iklan. Ini cerita nyata. Terserah mahu percaya atau tidak. Ini semua terjadi secara kebetulan.”

Bagaimana cara lelaki itu menemukan kembali kameranya yang telah dibawa terbang si burung, masih misteri. Tetapi direka atau tidak, terbangnya burung camar itu terlihat meyakinkan.

3 comments:

...Minah BluR... said...

mungkin ade trick kot..
tpi mcm btol2 ...

LaLa said...

macam betul kan...
betol kot...

CikHaniBhulat said...

wah.header baru..header lama mana?

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com