OUR ADVERTISEMENT

Monday, July 18, 2011

Permohonan tukar nama wanita Mohd Ashraf ditolak





KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman. Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.


2 comments:

Azzam Fadzil said...

hahaa..sian..ta bersyukur..huhu

Unknown said...

kan dah menyusahkan diri sendiri..

siapa suruh tukar jantina..

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com