OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, July 20, 2011

Budak dilemaskan sebelum dicincang

 

NEW YORK - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun yang sesat semasa berjalan pulang berseorangan di kawasan kejiranan Yahudi di New York, pada Jumaat lalu, dibunuh dan dicincang seorang lelaki selepas kanak-kanak itu bertanya arah jalan kepada suspek.

Polis menemui bahagian kaki Leiby Kletzy yang berlumuran darah di dalam peti sejuk di rumah suspek manakala anggota badan lain ditemui di dalam tong sampah di kawasan kejiranan berdekatan.

Penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak malang itu mengejutkan komuniti kecil Yahudi ortodoks di Brooklyn kerana kawasan itu dianggap paling selamat dan kerana suspek juga adalah seorang penganut Yahudi ortodoks.

Suspek, Levi Aron, 35, mengaku membunuh Kletzy dengan melemaskan mangsa menggunakan tuala sebelum mencincang badannya selepas panik apabila mengetahui orang ramai sedang mencari kanak-kanak itu.



MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com