OUR ADVERTISEMENT

Thursday, July 7, 2011

Spongebob ditemui di Sarawak

Photobucket


Cendawan ini ditemui di dalam hutan hujan, di bawah sebuah pokok, bukan di dasar laut seperti tempat tinggal Spongebob Squarepants, sponge berseluar kotak, watak dalam filem animasi television Amerika. Namun bentuknya yang berongga banyak seperti sponge amat serupa dengan binatang laut tersebut sehingga spesies baru cendawan itu diberi nama Spongiforma squarepantsii.

“Cendawan itu ditemui di hutan Kalimantan,” kata Dennis Desjardin, saintis San Francisco State University. Dia juga meramalkan masih banyak spesies lain, yang memiliki karakter unik dalam dunia cendawan, belum ditemui hingga sekarang.

Berbentuk seperti sponge laut, S. Squarepantsii ditemui pada tahun 2010 di the Bukit Lambir di Sarawak, Malaysia. Spesies cendawan itu memiliki warna jingga terang, namun begitu warnanya boleh berubah menjadi ungu.Baunya seakan-kan buah buahan” kata Desjardin dan pasukannya dalam jurnal Mycologia.

Di bawah mikroskop elektron, kawasan yang menghasilkan spora pada cendawan itu kelihatan seperti tube sponge di dasar laut, sehingga para saintis mendapat idea untuk menamakannya seperti Bob, si sponge laut yang terkenal itu.



1 comment:

Fezul Fadhley said...

whoa! nk tgu cendawan patrick plak.. hehex

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com