- Manusia yang bermulut manis di bibir tapi hati penuh racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata -kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati orang ramai.Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik ,jujur,sentiasa berbuat kebaikkan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya lain di bibir ,lain di hati
- Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan masyarakat.Kerosakkan yang di lakukan adalah semata -mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila orang lain mendapat kebaikkan.
- Manusia yang tidak boleh di tegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat.Mereka jika di ajak membetulkan kesilapan diri,diseru mengikut jalan yang betul,diajak secara jujur,maka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
sumber jakim
1 comment:
semoga kita dijauhkan dari sifat2 tu ..insyaALLAH~
Post a Comment