OUR ADVERTISEMENT

Friday, July 8, 2011

Microsoft Office 365 dilancar



Syarikat perisian, Microsoft Malaysia melancarkan perkhidmatan perkomputeran ‘cloud’, Microsoft Office 365, khusus untuk perniagaan yang dilengkapi aplikasi Microsoft Office, SharePoint Online, Exchange Online dan Microsoft Lync Online.

Kesemua aplikasi terbabit menawarkan perkhidmatan pengkomputeran cloud terkini bagi langganan yang dibuat secara dalam talian.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus berkata, sektor perniagaan yang menggunakan Office 365 berupaya mendapatkan kesan perniagaan dalam usaha membantu mengurangkan kos teknologi maklumat dengan anggaran penjimatan 50 peratus sambil meningkatkan produktiviti.

“Dengan memperkenalkan perkhidmatan keusahawanan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Microsoft Office 365 mampu menjadi produk revolusi dalam pasaran negara maju seperti Malaysia apabila 99 peratus sektor perniagaan tertumpu kepada PKS,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

Menurutnya, perkhidmatan itu mudah digunakan dengan hanya beberapa klik pada butang papan kekunci untuk menjadikan perniagaan lebih cekap dan mencapai kejayaan terbaik di pasaran tempatan serta global.

Sementara itu, Hafsah berkata, PKS Malaysia boleh menjimatkan kos dan masa, selain keupayaan bekerja dengan lebih baik.
“Perkhidmatan ini bukan saja untuk kegunaan dalam organisasi sendiri, tetapi bersama rakan kongsi,” katanya.

No comments:

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com