ZURICH: Seorang lelaki maut selepas kapal terbang dipandunya sengaja merempuh kediaman ibunya, semalam.
Beberapa minit sebelum kejadian, mangsa menghubungi ibunya dari pesawat sambil bertanya: “Adakah ibu ada di rumah? Saya hanya hendak singgah sebentar!” Konrad Schmidt, 47, yang memandu pesawat itu terbang atas kediaman ibunya sebanyak tiga kali sebelum terbang dengan laju dan merempuh rumah berkenaan di Oberhallau. Mayat Schmidt ditemui di bawah sisa runtuhan rumah itu. Ibunya, Rosemary, 68, terselamat kerana dia berada di ruang bawah tanah rumah berkenaan ketika serangan bunuh diri itu dan dirawat kerana mengalami kejutan. Saksi memberitahu polis tiada kemungkinan kejadian itu adalah satu kemalangan.
Menurut seorang jiran, Schmidt yang menganggur sudah lama bermusuhan dengan ibunya. “Mereka tidak sependapat mengenai banyak perkara.” Schmidt lebih banyak dibesarkan oleh ibunya dan selepas perkahwinan ibu bapanya musnah, dia begitu hampa. Dia menyalahkan ibunya atas perpisahan mereka, manakala bapanya berpindah keluar dan mati akibat penyakit kanser tidak lama selepas itu. - DM
sumber
No comments:
Post a Comment