Satu kumpulan kesedaran bahaya di Uganda terkejut bukan main apabila mengetahui satu bom yang tak meledak digunakan sebagai loceng ketika mereka mengunjungi satu sekolah untuk mengajarkan anak-anak cara mengetahui bom, demikian seperti yang dilaporkan seperti dalam sebuah akhbar tempatan.
Organisasi Anti-Mine Network melihat beberapa guru memukul bom itu dengan batu untuk memanggil pelajar agar masuk ke dalam kelas di sekolah yang memiliki 700 pelajar di satu daerah kampung, menurut sumber Daily Monitor.
"Bom ini masih aktif, yang maksudnya jika kena pukul lagi kuat ,maka bom itu akan meletup dan mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga," kata Wilson Bwambale, koordinator organisasi tersebut kepada surat khabar itu seperti mana yang dikutip Reuters.
Bwambale mengatakan bahawa mereka akan meletupkan bom tersebut di satu daerah yang tertutup.
Tentera Uganda telah berperang dengan dua pemberontakan selama dua tahun yang lalu dan bom masih banyak di tempat peperangan tersebut.
Itu adalah bom kedua yang telah ditemui oleh Anti-Mine Network di salah sebuah sekolah Uganda dalam 6 bulan yang lalu.
Satu bom lagi yang ditemui sewaktu digunakan oleh budak-budak pada waktu makan sebagai mainan dan ditaruh di ruang penyimpanan selama pembelajaran berlangsung.
No comments:
Post a Comment