gambar ihsan google
KUALA LUMPUR: Gempa kuat berukuran melebihi 6.2 skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia, awal pagi ini.
Gempa berlaku di 522 kilometer (km) di barat daya Ambon iaitu 1,621km Tenggara Tawau, Sabah pada 1.06 pagi, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi di sini, hari ini.
Jabatan itu berkata gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.
Selain itu, satu gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter berlaku di Laut China Selatan, di 482km timur laut Quy Nhon, Vietnam pada 1.15 pagi tadi. - BERNAMA
1 comment:
banyak tol gempa berlaku skang ni
Post a Comment