OUR ADVERTISEMENT

Friday, July 8, 2011

Senyuman Blink-Blink


Sebahagian remaja di Jepun, ada cara lain untuk memamerkan gigi ‘cemerlang’ mereka.Supaya barisan mutiara kelihatan putih cemerlang, biasanya orang akan mencuba teknik ‘bleaching’ atau memutihkan gigi. Namun bagi sebahagian remaja di Jepun, ada cara lain untuk mempamerkan gigi ‘cemerlang’ mereka.

Sebuah trend baru ‘gigi lampu’ (LED Teeth) menjadi popular di negara Sakura. Light Emitting Diode (LED) merupakan sumber cahaya semi konduktor yang sering digunakan di banyak peranti. Kini, LED ditempalkan di gigi (seperti kawat gigi), ia akan menyala ketika pengguna tersenyum.



Seperti dikutip dari laman MailOnline pengguna lampu gigi boleh mendapatkan komputer nirkabel yang digunakan untuk mengawal lampu menyala, membuat gigi berubah warna, misalnya dari hijau menjadi merah atau membuatnya blink-blink. Tentu saja, peranti ini paling sesuai bekerja di tempat gelap.
Aksesori moden ini diciptakan oleh dua designer Jepun dan digunakan dalam iklan komersial penjualan pakaian Laforet Harajuku untuk musim dingin. Motoi Ishibashi dan Daito Mababe yang menciptakan teknologi ini membuat video ‘Party in Your Mouth’ di mana sekumpulan anak sekolah mempamerkan gigi bewarna mereka.

Idea awal dari teknologi senyuman ‘LED’ ini muncul ketika Ishibashi melihat video ‘LED Throwies’, lampu kecil yang ditempalkan di magnet kemudian dibuang pada permukaan logam. “Ini seperti grafiti menyala,” ujar Ishibashi.




Trend ini juga sudah mulai popular di Amerika Syarikat.


sumber

1 comment:

EYFAalias said...

senyuman berwarna warni ni. mcm kelaka je :D btw, jom join contest eyfa nak?
http://eyfaaliasstory.blogspot.com/2011/07/contest-karang-dan-menang-by-eyfaalias.html

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com