OUR ADVERTISEMENT

Sunday, July 24, 2011

Berdarah dibelasah samseng wanita jalan raya

gambar hiasan-ihsan google

Seremban- “Wanita itu bertindak ganas. Dia menarik rambut serta memukul kepala dan muka saya menggunakan kasutnya,” kata Gan Saw Foon, 43, yang menjadi mangsa serangan wanita samseng jalan raya di Jalan Temiang, di sini, Khamis lalu.

Menurut Gan, wanita terbabit turut mengambil botol bedak lalu memukul mukanya hingga berdarah.

Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa enggan memberi laluan kepada wanita itu bersama dua lelaki yang ingin masuk ke laluan sehala di situ.

Dalam kejadian jam 10 pagi, Gan lebam di mata dan cedera di muka selepas dipukul dengan kasut dan botol bedak sebelum perutnya ditendang oleh gadis ‘samseng’ itu.

Menceritakan kejadian, Saw Foon berkata, dia yang memandu Toyota Avanza mahu keluar dari simpang di jalan berkenaan sebelum dihalang sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna biru dinaiki gadis berkenaan bersama dua lelaki.

“Saya mahu meletakkan kereta berdekatan kawasan itu supaya ibu yang berada di salun rambut berhampiran tidak perlu berjalan jauh, namun tidak sangka saya menjadi mangsa samseng jalan raya,” katanya.

Menurutnya, dia diarah gadis terbabit supaya memberinya laluan sedangkan itu adalah jalan sehala.

“Akibat keengganan saya memberinya laluan, gadis itu tidak berpuas hati lalu keluar dari kenderaan sebelum membuang puntung rokok ke arah saya melalui tingkap kereta.

“Apabila dia mula memukul, saya merayunya supaya berhenti kerana darah makin banyak keluar dari muka, namun dia kemudian menendang perut saya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan gadis itu membawa dua lelaki bersamanya di dalam kereta.

“Saya merayu kepadanya supaya berhenti memukul malah sempat menggigit tangannya, namun gadis itu menjerit menyuruh saya gigit dengan kuat lagi.

“Bimbang perkara tidak diingini berlaku, saya menjerit memanggil orang ramai yang kemudian meleraikan pergaduhan sebelum dua kereta peronda datang ke tempat kejadian.

“Sejurus kejadian, saya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis di Balai Polis Seremban,” kata ibu kepada tiga anak ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya menyiasat kes itu secara terperinci.

“Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai yang ada maklumat diminta datang ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
sumber:hmetro

2 comments:

zieyra chomot said...

salam . morning . perhh . ganas kot gurl ni . xkn xleh bertolak ansur lgsg smpai nk cederakan org len . n nape lelaki 2 lagi 2 tak wt pape . hm . dunia skrg ..

hira said...

tak ada sifat keperempuanan langsung. haha :D adeh. ganas woo~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com