OUR ADVERTISEMENT

Friday, July 15, 2011

Dah Diberi Cantik Berseri, Mengapa Ingin Diubah?


Kecenderungan mengubah rupa bentuk kejadian diri turut dikaitkan dengan keadaan luaran serta naluri dalaman pelaku tersebut. Menurut Dr. Khairi Rahman, Perunding Psikologi di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang individu melakukan pengubahan rupa bentuk diri mereka seperti melakukan pembedahan plastik, botox, membesarkan buah dada dan sebagainya.

Antara punca yang mendorong insan merubah asal kejadian mereka adalah tekanan dari persekitaran. Individu terbabit dikelilingi oleh orang yang pernah melakukan pembedahan atau suntikan contohnya, mengkhabarkan kebaikan dan manfaat yang diperoleh daripada perbuatan tersebut. Ini akan menimbulkan rasa ingin mencuba tambahan pula telah melihat hasilnya di depan mata.

Wang. Ia faktor paling dominan yang merealisasikan hasrat individu untuk melakukan pengubahan rupa bentuk. Bagi orang yang mempunyai kewangan kukuh, mereka lebih terdorong melakukannya kerana tiada halangan dan kemaslahatan.

Selain itu, media banyak mempengaruhi masyarakat untuk melakukan perkara ini. Paparan yang menarik serta pengesahan daripada pakar mewujudkan keberanian masyarakat untuk mencuba. Terdapat pakar perubatan yang berkerjasama dengan media untuk memyampaikan keberkesanan teknik yang digunakan, kos yang rendah dan risiko yang minimum untuk melakukan surgery memberikan rangsangan kuat kepada umum.

Tambahnya lagi, di samping faktor-faktor luaran yang disebutkan, ada satu faktor yang menjadi tunjang kepada perlakuan ini. Ia adalah keyakinan diri. Beliau menjelaskan, orang yang berada pada tahap sederhana jarang terdorong untuk melakukan perbuatan ini. Dari segi psikologi, mereka dapat menerima seadanya apa-apa yang dikurniakan kepada mereka.


sumber

2 comments:

Fezul Fadhley said...

"adakalanya kelemahan boleh menjadi kelebihan..." kan3..

syiela said...

manusia tak mensyukuri nikmat yang ada

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com