OUR ADVERTISEMENT

Tuesday, July 19, 2011

Penjagaan Rambut untuk Lelaki


Walau pun secara umumnya lelaki jarang menghadapi masalah rambut tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengabaikan rambut anda. Penjagaan yang betul dan berskala boleh menghindarkan anda dari masalah rambut kering, kelemumur dan juga masalah rambut gugur.

1. Teknik Mencuci Rambut Yang Betul
Rambut anda perlu dicuci untuk menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Rambut anda haruslah dicuci dengan air yang bersih setiap hari. Gunakan syampu dan ‘conditioner’ setiap dua hari sekali. Anda haruslah mematuhi teknik dan arahan yang ditetapkan oleh pengeluar syampu dan ‘conditioner’ yang anda gunakan. Penggunaan yang tidak mengikut arahan atau terlalu kerap boleh merosakkan rambut anda.

2. Vitamin dan Mineral
Seperti anggota badan yang lain, rambut juga memerlukan vitamin dan mineral untuk kekal sihat. Antaranya ialah Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Fatty Acids dan juga Zinc. Anda boleh mendapatkan vitamin ini di farmasi atau salon-salon rambut.

3. Kelemumur
Mempunyai kelemumur memang memalukan. Lebih teruk lagi jika ianya mendatangkan masalah gatal dan gugur di bahu anda. Ianya boleh merosakkan keyakinan dan memberi tanggapan yang negatif terhadap anda. Rawatlah dengan segera. Anda boleh menggunakan produk saintifik atau pun secara traditional.

4. Rambut Kerinting
Mempunyai rambut yang kerinting bukanlah sesuatu yang mengecewakan. Terdapat banyak stail rambut kerinting yang menawan untuk anda. Meluruskan rambut terlalu kerap boleh merosakan rambut anda dan mendatangkan risiko keguguran rambut.

5. Stail Rambut Yang Menawan
Untuk mendapatkan stail rambut yang menawan, anda perlu mendapatkan khidmat tukang gunting yang profesional. Dapatkan pandangan dan cadangan dari mereka tentang gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka dan personaliti anda.

Akhir sekali, sebelum anda mengunakan produk untuk rambut anda terutamanya syampu rambut, pastikan kandungannya terlebih dahulu. Ada sesetengah produk mungkin tidak sesuai untuk anda dan menyebabkan kelemumur atau membuatkan rambut anda bertambah kering.

4 comments:

cik najihah said...

nice tips :)

Fezul Fadhley said...

motif letak gambar sendiri? hehe

ila said...

ambou mentah2 rambut dia lawa.terus jadi model

matih said...

tips ni ambik drpd mane??? Klu ambik dri org, kna statekan source... Nnti kna tuduh plagiat.....

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com