OUR ADVERTISEMENT

Friday, November 2, 2012

Blog oh blog! Aku kembali...


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Setelah sekian lama aku menghilang tanpa khabar dan berita kini aku kembali..hihi..banyak komitmen yang harus dilakukan sebagai seorang mahasiswa ni. Bulan oktober baru-baru ni adalah bulan yang paling padat dengan aktiviti, assignment, kertas kerja, business plan, presentation, study week and for the last exam...arghh betul-betul memenatkan, nak arrange masa..itu la ini la...Alhamdulillah semuanya sudah selesai dengan jayanya dan kini harapan dan doa ku sandarkan kepadaNya supaya segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan. Amin ya Rabbal Alamin.

Time busy kalau ada masa free tu nak buka blog pun susah..adalah sekali dua tu buka and usha2 blog, tapi langsung tak da feel nak buat entri sebab di kepala aku time tu...assignment3! hehe...

So harap korang akan terus setia bersama blog aku yang tak seberapa ni yang mana pada suatu ketika dahulu agak femes rajin korang usha2 blog aku ni hihi

Semoga korang semua dalam keadaan sihat walafiat bersama insan tersayang...sekian dari ku..

*nantikan entri baru menyusul dalam beberapa hari ni...love u all ;))

Monday, September 24, 2012

SHILA AMZAH JUARA ASIAN WAVE 2012



SHANGHAI, 21 SEPTEMBER 2012: Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi.

Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.

Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:

Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting :) Lets trending #TahniahShilaAmzah :)

Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. -murai.com

proud of you shila!



Monday, May 21, 2012

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?



Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.


Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.


kredit: myberita.com


Sunday, May 20, 2012

Keputusan Penuh Konsert AKHIR MANIA 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera...penantian 10 minggu kini sampai ke penghujungnya. Konsert AKHIR MANIA yang penuh gilang-gemilang yang disiarkan secara langsung di Astro Ria dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil. Menampilkan artis-artis terkemuka tanah air berentap di satu pentas yang sama iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Hazama dan Aril.

Berikut keputusan penuh KONSERT AKHIR MANIA :


Tempat Ketiga



Jaclyn Victor (Empayar Biru)
Membawa pulang RM 100,000


Tempat Kedua


 Stacy (Empayar Merah)
Membawa pulang RM 200,000


Juara


Hafiz (Empayar Hijau)
Membawa pulang RM 500,000


Tahniah kepada pemenang! 


Friday, May 18, 2012

Datuk SHAH RUKH KHAN diharamkan menjejakkan kaki ke stadium seumur hidup...kesian...



Malang tak berbau apabila bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan diharamkan menjejakkan kaki ke Stadium Kriket di Mumbai pada Rabu lalu...aduhaiii....

Sebab apa? dikatakan SRK didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang Stadium berkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan.


Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.

Nasib baik SRK ni tak jadi RA. One macam dalam filem lakonannya tu...kalau tak dah habis pengawal keselamatan dan stadium kriket tu dia jurus-jurus sailormoon...hihi



Macam-macam dowhhh....

Koleksi GAMBAR DISPLAY PROFILE mogok lapar Palestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Koleksi gambar Display Profile (DP) untuk profile picture facebook (fb) bagi kempen mogol lapar Palestin. Mesti ramai tertanya, kenapa sekarang ni ramai yang telah menukar profil gambar mereka kepada warna coklat sebegini. Sebenarnya tahanan Palestin sekarang sedang mengadakan mogok lapar paling terbesar dalam sejarah dunia. Dicatatkan mogok lapar selama 76 hari tanpa makan dan minum bagi menentang kekejaman israel laknatullah. Antara tuntutan mereka adalah hak asasi sebagai tawanan perang, pendidikan dan lain-lain seperti yang diishtiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Dengan menukar gambar profil, tanda sokongan kita dapat dipancarkan untuk menuntut hak-hak mereka yang dianiaya. Doakan mereka agar Allah sentiasa memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin...sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin.

           Kenji Kobayashi  Ashraf Mohd    
    

kredit: melvister.com


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com