OUR ADVERTISEMENT

Thursday, April 26, 2012

Penggunaan Perkataan "BAH" dalam BAHASA SABAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku mau kongsi perkataan yang begitu sinonim dengan rakyat Sabah iaitu "Bah" yang mana seringkali dilafazkan dalam pertuturan seharian rakyat di Negeri Bawah Bayu ini.

Bah, jangan di kasi lama! let's check it out!

"Bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat masyarakat Sabah. Penggunaan "bah" dalam setiap pertuturan masyarakat Sabah inilah yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai. Kata tambah "bah" mempunyai fungsi tertentu.

(A) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang BETUL:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata.
  •     BM Sabah: Iya bah!
  •     BM piawai: Yalah!
2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
   
   Contoh ayat:
  •     BM Sabah: Bah, kamu pigilah dulu!
  •     BM piawai: Kamu pergilah dulu!

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
    ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
   
    Contoh ayat:
  •     BM Sabah: "Boboi, nanti ko pigi beli beras di kadai sana!" Boboi menjawab, "Bah!"
  •     BM piawai: "Boboi, nanti pergi beli beras di kedai sana!" Boboi menjawab, "Baiklah!"

4) Menguatkan lagi sesuatu perkataan.
    
   Contoh ayat:
  •     BM Sabah: Ko datang dari KL bah kan? Awal lagi bah ni! Sejuk bah ni air!
  •     BM piawai: Awak datang dari KL kan? Awal lagilah ni! Sejuklah air ni!

Pengunaannya "bah" sangat unik di kalangan masyarakat Sabah. Walau bagaimanapun perkataan "bah" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah.

(B) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang SALAH:

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
  1. "Apa kabar bah?" SALAH dan sepatutnya "Apa khabar?" sudah memadai.
  2. "Sudah makankah bah?" SALAH dan sepatutnya "Sudah makan? sudah memadai atau "Sudah makan bahkan?" juga boleh digunakan.
  3. "Bila balik bah?" SALAH dan sepatutnya "Bila balik?" sudah memadai.
i'm sabahan ^_^

Berhati-hatilah menggunakan "bah" sebab bunyinya mungkin menjadi aneh dan jelek didengar jika perkataan "bah" salah digunakan dalam pertuturan.

Maka dengan itu, marilah menggunakan Bahasa Sabah yang betul. Jangan cuba memalukan diri dengan kononnya menggunakan Bahasa Sabah tetapi sebenarnya salah. Tak salah kalau salah cakap sebab ianya langkah mula untuk belajar. Bahasa jiwa bangsa. Selamat belajar!

kredit: azizullemin

11 comments:

Cik Muda said...

iya...baiklah...~

HidayahRudi said...

Bah,,sabah juga lah~

[sutera kasih] said...

iya bah..jgn smbrgn guna 'bah'..nti malu sndiri ni hehe

NURUL HIDAYAH said...

wah...bgus fahmi. suka entry ni :) sgt berguna utk org semenanjung esp pantai timur spt saya :)

millerJ said...

nice one.hahaha.. slalu jg tdgr org guna 'bah' yg x ngam ni.hehehe.. ok bah kalau ko! ^^

#another sabahan here. hihi

sHaR!Na eLyaNa said...

ati2 dlm menggunakan bahasa sabah sbb jika tersalah akan jd indon pla hehe..bida deh~

bintang hati said...

hihi...memg org sabah ske ckp BAH ke??hihihih....follow my blog...

Syafiq Ahadin said...

bah, ngam laituu.....

woha!!!!!!

Anonymous said...

sarawak pun ada ba jua.

Ray eb said...

bah sapat2 kaw..bulih bah kalau kaw

king haizar said...

salam, saya ambil info ini untuk kasi taruh dalam facebook saya kio....

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com