OUR ADVERTISEMENT

Monday, July 11, 2011

Juruteknik saman bekas tunang RM320,000


KOTA BHARU – Seorang juruteknik pemprosesan memfailkan saman menuntut ganti rugi RM320,000 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu di sini, semalam terhadap bekas tunangnya selepas membatalkan perkahwinan mereka seminggu sebelum majlis itu pada 8 Jun lalu. 

Nik Mustafa Nik Daud, 30, ditemani ahli keluarganya memfailkan saman itu terhadap bekas tunangnya yang berusia 27 tahun, dengan menuntut ganti rugi malu RM200,000, ganti rugi teladan RM100,000 dan selebihnya ganti rugi khas.

Menurutnya, berikutan pembatalan itu, majlis kenduri di rumahnya pada 10 Jun lalu terpaksa ditukar kepada majlis kesyukuran.

Nik Mustafa yang bekerja di sebuah kilang di Bangi, Selangor turut menuntut bekas tunangnya memohon maaf dalam akhbar berbahasa Melayu selama tiga hari berturut-turut.

Dalam pernyata tuntutannya, Nik Mustafa dan wanita tersebut bertunang pada 1 Mei lalu dan bersetuju melangsungkan perkahwinan pada 8 Jun lalu.

Bagaimanapun, seminggu sebelum tarikh perkahwinan, wanita tersebut didakwa membatalkan majlis tanpa alasan munasabah.

Berikutan itu, Nik Mustafa mendakwa dia gagal menumpukan perhatian terhadap kerja dan mendapat cuti sakit beberapa hari serta berusaha mendapat kepastian punca perkahwinan itu dibatalkan namun wanita itu gagal memberi alasan.

Menurutnya, wanita itu ada menyatakan sesuatu berkenaan kehadiran kekasih lamanya yang mengganggu perhubungan mereka.

Bagaimanapun, Nik Mustafa yang merasakan ditipu membuat laporan polis pada 2 Jun lalu.

4 comments:

TeAqArH said...

o mak iah..bersaman bagai....ish3..tkotnye la

Cik Purple said...

dasyatnya~ huuhuhu.. mna mo cari duit byk2 tuh..tolong cp bole?:) KLIK dan KOMEN entri INI..:)
thanks!:)

Firdaus Life said...

kalau ada alasan munasabah takpe gak.. ni tibe2 batalkan.. memang hangin la. haha

CS @ Mama AA's said...

mmm lagi elok batal sblm kahwin dr lepas kahwin die buat hal...

pepun mmgla memalukan batal d saat akhir...

cume... byknye duit laki ni mintak, sian pulak kat pempuan tu... ngeeeee...

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com