OUR ADVERTISEMENT

Saturday, June 4, 2011

Peluru disalut minyak babi bagi menghalang Osama masuk syurga

Peluru Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.

Washington, adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga. Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.

Menerusi laman webnya, pemilik syarikat ‘Minyak Senapang Silver Bullet’ mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam. Pemilik laman web berkenaan yang menggunakan nama ‘The Midnight Rider’ mendakwa, militan Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru yang disalut dengan minyak babi tidak akan masuk syurga.



Osama bin Laden

“Ia secara berkesan menghalang mereka memasuki syurga Tuhan mereka,” kata Rider. Menurutnya, minyak itu yang berharga AS$8.95 (RM26.85) untuk 113 gram akan mencetuskan ketakutan di kalangan militan Islam.

Laman web berkenaan juga menyatakan, tentera Amerika Syarikat adalah antara pelanggannya. “Beribu-ribu botol minyak senapang Silver Bullet diagihkan sejak Julai 2004 oleh pembuatnya kepada anggota semua cabang tentera Amerika Syarikat,” katanya.

Promosi menerusi video yang ditayangkan menerusi YouTube untuk minyak itu menunjukkan gambar Osama dengan kata-kata: “Dibunuh dengan senjata menggunakan minyak senapang Silver Bullet.” ‘Midnite Rider’ yang juga menggunakan nama ‘Pejuang YAHWEH’ mendakwa dia adalah bekas anggota penembak curi pasukan marin Amerika Syarikat.

Gambar di kilangnya menunjukkan pekerja bertopeng memakai uniform marin.

Seorang pengunjung laman web berkenaan menulis: “Produk ini hanya untuk pengganas Islam. Kami tidak menganjurkan penindasan terhadap agama atau bangsa, hanya pengganas.” Seorang jurucakap tentera yang bertanggungjawab terhadap senjata itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai Silver Bullet tetapi tidak menafikan anggota tentera Amerika Syarikat mungkin membeli minyak itu sendiri dan menggunakannya dalam pertempuran.


3 comments:

Adlin Nazifa Mahadi said...

kalau osama tu betul2 Islam dan niat dia betul nak pertahankan agama , tak kira la cmna pon dikia mati syahid dan masok syurga .,
apa kebangangnye kafir laknatullah nih .m

Naz said...

Yang tentukan syurga or neraka tu Allah. Pandai2 je bt statement sendiri

Afsar said...

sekali lagi islam dijadikan sasaran, sigh~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com