OUR ADVERTISEMENT

Tuesday, June 28, 2011

Air kencing ada bahan radioaktif



Pencemaran radiasi ditemui di kalangan penduduk Fukushima

TOKYO: Seramai 15 penduduk Fukushima daripada kawasan luar dan bandar Kawamata didapati mempunyai lebih 3 milisievert radiasi dalam air kencing 15 penduduk yang mengesahkan pendedahan radiasi dalaman, lapor agensi berita Kyodo, kelmarin.


Kedua-dua kawasan terbabit terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari loji kuasa nuklear Fukushima No.1 yang melepaskan bahan radioaktif ke udara sejak kejadian 11 Mac lalu apabila gempa bumi disusuli tsunami menyebabkan teras utama kemudahan berkenaan lebur.

“Ini bukan menjadi masalah jika mereka tidak memakan sayur atau produk lain yang tercemar. Tetapi, ini menandakan mereka semakin bermasalah jika meneruskan kehidupan di kawasan ini,” kata Nanao Kamada, profesor madya biologi radiasi di Universiti Hiroshima.

Kamada bersama sepasukan doktor termasuk Osamu Saito dari Hospital Watari di bandaraya Fukushima menjalankan dua pusingan ujian terhadap setiap penduduk pada awal dan akhir Mei, menggunakan sampel air kencing daripada 15 penduduk berusia antara 4 dan 77 tahun.

Kesan radioaktif ditemui pada kedua-dua ujian yang dijalankan kepada setiap penduduk. Iodin radioaktif setinggi 3.2 milisiervert dalam enam penduduk wujud dalam kajian pertama tetapi tiada dalam ujian kedua.

Data itu menunjukkan pendedahan dalaman terkumpul adalah antara 4.9 hingga 13.5 milisieverts, menjadikan jumlah besar adalah antara 4.9 hingga 14.2 milisievert sepanjang dua bulan terbabit, kata mereka.



2 comments:

Freaky said...

hui gila bahaya macam ni. badan da keracunan radioaktif

Rozuan Ismail said...

bahayanya.patut kena pindah lah diorang tu ke tempat lebih selamat

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com