OUR ADVERTISEMENT

Tuesday, June 21, 2011

Baju Marilyn dilelong RM14 juta

LOS ANGELES: Sepasang pakaian putih terkenal milik Marilyn Monroe pada 1950-an dilelong pada harga RM14 juta, jauh lebih tinggi daripada jangkaan, semalam. Pakaian itu digunakan Marilyn ketika membintangi filem The Seven Year Itch pada 1955.

Pada peringkat awal, baju itu dijangka dijual pada harga di antara RM3 juta hingga RM6 juta.

Bagaimanapun, ketika sesi lelongan dibuat, pakaian “subway” - kini berwarna krim akibat faktor masa - dibida sehingga RM14 juta (atau RM16.8 juta termasuk bayaran tambahan).

Lelongan itu adalah sebahagian daripada barangan milik aktres Debbie Reynolds yang ditawarkan kepada pembida.

Turut dilelong, beberapa pakaian lain Marilyn. Jurucakap firma lelongan Profiles in History berkata, nilai kutipan keseluruhan lelongan itu dianggarkan lebih RM69.4 juta.

Ditandatangani pereka fesyen Amerika Syarikat, William Travilla, pakaian itu menyumbang kepada identiti Marilyn sebagai simbol seks abad ke-20.


1 comment:

Fezul Fadhley said...

pergh! kalo aku yg lelong bju aku, xda sapa nk beli.. hahax

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com