OUR ADVERTISEMENT

Thursday, June 30, 2011

Rumah Antara Dua Negara



Apa yang menarik pada rumah kecil ini? Sebenarnya di rumah ini terbelah kepada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Di ruang tamunya adalah kawasan Indonesia, tapi dapur rumahnya telah masuk wilayah Malaysia. Keadaan menarik ini berlaku di Pulau Sebatik, satu-satunya pulau di sempadan yang terbahagi dua, Sebatik Induk milik Indonesia dan Sebatik Barat milik Malaysia.

Rumah Mappangara ini adalah satu-satunya rumah yang berada di tengah-tengah sempadan, kerana ruang tamunya yang ke hadapan dan tidak sebaris dengan rumah-rumah jirannya. Rumah-rumah jirannya yang lain semuanya telah masuk wilayah Malaysia.

“Meskipun rumah saya di sempadan, saya adalah warganegara Indonesia, kerana saya memang berasal dari Indonesia.”

Mappangara mempunyai kad pengenalan Indonesia, dan tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia. Di rumah-rumah orang yang berada di atas sempadan, di pintunya ditampal stiker merah putih berukuran kecil.

Kebanyakan penduduk di Kampung Aji Kuning adalah berketurunan Bugis. Loghat mereka adalah bercampur antara dialek Melayu dan Bugis. Begitu juga dengan Mappangara, dia dan seluruh keluarganya adalah keturunan Bugis yang telah mendiami wilayah itu berpuluhan tahun.

Dapurnya di Malaysia




Ruang tamunya milik Indonesia

Sumber: Isuhangat

4 comments:

SoLy SoLicious said...

pergghhh..menarik~

Anonymous said...

x sangka ada jugak kejadian mcm nih... thanx for sharing!

Isamuddin Isa said...

perkra kalau Allah nk tetapkan.. akan jadi hebat,,

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/dihina-lagi-belanda-haram-sembelih.html

Invisible Me said...

pelik bebeno ~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com