OUR ADVERTISEMENT

Monday, June 6, 2011

Gara-gara baki wang hantaran, ijab kabul dibatalkan

KESAL...Aizat menunjukkan laporan polis dibuatnya disamping barang hantaran untuk bakal isteri.

“Maafkan sayang abang, abang sayang yang nak jadi wali itu tidak boleh terima abang lagi atas apa yang abang cakap keluarga sayang zalim.”

Begitu antara kandungan SMS diterima jurujual kenderaan dikenali sebagai Aizat 37, daripada bakal isterinya menyebabkan majlis ijab kabul pasangan berkenaan yang sepatutnya diadakan kira-kira jam 10 pagi semalam, dibatalkan.

Semuanya berpunca daripada pertelagahan baki wang hantaran yang sepatutnya dipersetujui kedua-dua pihak dilangsaikan ketika majlis akad nikah semalam.

Justeru, Aizat yang berasa dirinya dipermainkan dan ditipu keluarga gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 10 pagi.

Aizat berkata, dia menerima SMS terbabit daripada bakal isterinya berusia 20 tahun yang dikenali sejak tiga bulan lalu jam 11.44 malam kelmarin iaitu 11 jam sebelum majlis akad nikah dijadual berlangsung di sebuah masjid di Simpang Empat, dekat sini.


4 comments:

kotak bulat said...

ad jugak kes mcm ni.. tak patut betul..

fara_farez89 said...

haiii...ade gak mcm ni..

beingsingle said...

Omg kesiannye......

Ryan Ervan said...

sesuke hati buat keputusan, kesian ke mangsa~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com