OUR ADVERTISEMENT

Tuesday, June 21, 2011

AirAsia buka ‘Universiti Penerbangan’


AIRASIA Bhd, menerusi usaha sama barunya dengan CAE, menyasarkan untuk menambah enam simulator baru menjadikan 12 simulator kesemuanya menjelang 2015 membabitkan kos kira-kira RM30 juta (AS$10 juta) sebuah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, simulator itu akan digunakan di pusat latihan penerbangan baru syarikat berkenaan yang akan dibuka menerusi usaha sama terbabit.

“Pusat ini akan menawarkan latihan bertaraf dunia, menggunakan modul moden dan kemudahan latihan terkini yang setanding serta kos efektif berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Matlamat kami untuk menjadikan pusat itu sebagai ‘universiti penerbangan’ terunggul di Asia,” katanya selepas memeterai perjanjian usaha sama itu di Akademi AirAsia di Sepang, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, penubuhan pusat latihan itu akan menyumbang secara positif terhadap pelan perluasan AirAsia dengan menyediakan kakitangan berkemahiran tinggi.

Katanya, kemudahan itu menyediakan perkhidmatan latihan juruterbang, atendan penerbangan, jurutera, petugas perkhidmatan dan pengurusan penerbangan AirAsia serta syarikat penerbangan lain.

Latihan juruterbang akan bermula pada 1 Julai depan manakala program lain mulai 1 Oktober. -Bernama


No comments:

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com