OUR ADVERTISEMENT

Thursday, June 9, 2011

Aznil berjaya selamatkan nyawa


Kuala Lumpur, tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit. Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu. 
Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

8 comments:

fara_farez89 said...

alhamdullah lelaki tersebut tak membuat dosa yg besar

Cik Muda Sae said...

bole caya ke tu??? saya dengar jg semalam..tapi mcm....hmmmm....~,~

Aman Ibrahim said...

kalau mangsa tuh x tipu pak nil, kire baik hati la pak nil sanggup tolong orang..

Azeanthy Paiman said...

mulianya hati aznil..=)

::Mastura Zakaria:: said...

sy suka paknil.....tapi jgn bunuh diri.....nanti tak bau syurga....

fyna said...

owh...fyna ade dgr kat radio...
:)
bgos cara pak nil..

Honey Barney said...

baekkknyeeee pak nil :)

Eera Shera said...

dengar jugak kelmarin. pak nil memang baik kan..

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com