OUR ADVERTISEMENT

Sunday, June 12, 2011

Leher hampir putus ditetak parang

Seri Alam, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai cuba melawan penyerangnya sebelum ditemui berlumuran darah dan lehernya hampir putus disyaki ditetak menggunakan parang di sebuah apartmen di Masai, di sini, petang kelmarin.

Kematian mangsa yang hanya dikenali sebagai Surendra disedari orang ramai selepas mengesyaki kejadian buruk berlaku di apartmen milik remaja berkenaan. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan berhubung pembunuhan itu masih dijalankan.

Roslan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada orang ramai sebelum bergegas ke lokasi dan menemui mayat mangsa dalam keadaan mengerikan. “Selain kesan tetakan pada belakang leher hingga menyebabkan kepalanya hampir putus, kami menemui kesan luka di tangan dan beberapa bahagian badan, disyaki disebabkan senjata tajam.

“Ketika diserang, mangsa dipercayai cuba menahan tetakan menyebabkan dia cedera di tangan, sebelum ditetak di tubuhnya hingga cedera parah dan meninggal dunia. “Pemeriksaan menemui kesan pergelutan dipercayai antara mangsa dan suspek dan kami percaya kes ini dilakukan lebih daripada seorang,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu bagi memberi petunjuk menjejak suspek. Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan pembunuhan kejam itu dilakukan individu dikenali mangsa yang tinggal seorang diri di apartmen berkenaan.

“Motif dan punca sebenar kejadian belum diketahui dan kita menjalankan siasatan mengikut pelbagai sudut, namun mendapati tiada barang berharga milik mangsa hilang,” katanya. 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Berikutan itu, orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Johor di 07-2212999 atau balai polis berhampiran.

No comments:

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com