OUR ADVERTISEMENT

Thursday, June 9, 2011

Katak raksasa memakan tikus dan ular


Katak yang hidup di selatan Afrika ini lebih sesuai dipanggil raksasa. Apa tidaknya, kalau katak biasa yang hanya memakan nyamuk atau serangga kecil, namun bagi katak raksasa ini, tikus dijadikan sebagai makanannya, bahkan ular.

Jika dibayangkan berapa besar saiz ukuran mulutnya ketika katak tersebut menangkap mangsanya. Ukurannya memang jumbo, seekor katak dewasa beratnya dapat mencapai 2 kilogram. Katak ini merupakan salah satu jenis katak terbesar di dunia.

Katak lembu (bullfrog) Afrika yang bernama Pyxicephalus adspersus itu juga agresif dan ganas ketika merenggut mangsanya. Gambar di atas, seekor tikus yang diterkamnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila pemangsa menangkapnya.

Rahang bawah katak raksasa itu memiliki seperti gigi yang dikenali odontoid untuk megepit dan mengunyah mangsa. Selain tikus, makanan kegemarannya adalah cicak, burung, bahkan ular berbisa pun dijadikan mangsanya. Pernah dikatakan seekor katak pernah menghabisi 17 anak kobra sebagai santapannya.



5 comments:

EYFAalias said...

ngeri la tgk katak ni.

syrupmasin said...

errr..gile takot katak tuh :D

sergeant keroro said...

erk!!!

ni spesies katak frontline army keroro. haha :P

suha said...

katak ialah sgt comel (^_^)
cik suha suke katak lalala

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

sampai ular pon katak ni boleh telan... ekstrem!! (^^,)

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com