gambar hiasan...ihsan google
Mangsa, Reskah Baru, 55, berasal dari Kampung Pondok Lalang, Kuala Terengganu, maut selepas cedera teruk akibat hentakan kuat.
Dalam kejadian jam 5.45 pagi semalam, van Nissan Vannette dipandu Rosmawi Osman, 27, bersama enam penumpang lain terdiri daripada ibunya, Ramlah Baru, 50, serta empat adik-beradiknya dan Reskah dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menghadiri majlis peminangan pemandu berkenaan di Pokok Sena, Kedah, serta bercuti di Pulau Langkawi.
Setibanya di hadapan Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong, van terbabit gagal dikawal lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh pokok mengakibatkan mangsa tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu kira-kira 15 minit kemudian.
Bagaimanapun, Reskah maut di tempat kejadian selepas cedera di kepala serta dalaman yang teruk. Manakala, Rosmawi serta ibu dan empat beradiknya kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pemandu van terbabit dipercayai mengantuk mengakibatkan kenderaan dipandunya gagal dikawal.
Bagaimanapun, katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan van terbabit dibawa ke Balai Polis Setiu untuk siasatan lanjut. Beliau menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan berhati-hati dan berhenti sekiranya mengantuk serta menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
SEGMEN PERTAMA: JOM JOIN LINK EXCHANGE BERGAMBAR
7 comments:
kesiannye..al fatihah buat mereke..tenks sudi lawat blog anis..:)
wah ..
kesiannye -.-"
ajal maut di tangan tuhan . sampai masanya , kita pulak yang akan menghadap ilahi ..
Contest dan Segmen - Janganlah Over
kesian.
ajal maut bila2 je kan.
ajal maut Allah yg tentukan.. semoga mereka ditempatkan di tempat org2 yg beriman.
bwk keta hati2 :) .
adeh nie yg takut nk drive nie, slalu jgak laa mngantok o_O
asyraffalrasyid.blogspot.com/2011/05/kepercayaan.html
gile kesian..
Post a Comment