Wednesday, June 1, 2011
14 maut akibat bakteria timun
Di Berlin, Wabak bakteria E.coli berpunca daripada timun tercemar yang sudah meragut 14 nyawa dan menyebabkan lebih 320 lagi sakit teruk di Jerman, kini merebak ke negara lain di Eropah utara dan dijangka menjadi bertambah buruk pada minggu akan datang.
Sumber bakteria berbahaya itu belum diketahui, kata pihak berkuasa Jerman semalam, menjelang mesyuarat krisis pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri di sini.
Kebanyakan kematian berlaku di utara Jerman.
"Kami berharap bilangan kes akan menurun tetapi kami khuatir keadaan akan menjadi bertambah buruk," kata jurucakap Pusat Perubatan Universiti Schleswig-Holstein di utara Jerman, Oliver Grieve.
Patogen E.coli itu dikenal pasti terdapat pada bekalan timun yang diimport dari Sepanyol tetapi belum jelas sama ada sayur tersebut mula dicemari di negara itu, semasa dalam pengangkutan atau di Jerman.
Sebanyak 36 kes disyaki E.coli dikesan di Sweden, semuanya dikaitkan dengan perjalanan di utara Jerman, kata pihak berkuasa.
Sebilangan kecil kes dilaporkan di Britain, Denmark, Perancis dan Belanda, semuanya juga dikaitkan dengan perjalanan ke Jerman.
Kerajaan Jerman mengenal pasti wabak itu sebagai sindrom hemolitik-uremik (HUS) iaitu komplikasi serius berpunca daripada sejenis E.coli yang dikenali sebagai E.coli pengeluar toksin Shiga (STEC).
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam penilaian risikonya menyifatkan wabak HUS/STEC itu sebagai antara yang terbesar di dunia.
HUS menjejaskan darah, buah pinggang dan dalam kes paling teruk, sistem saraf dan boleh menjadi sangat serius bagi kanak-kanak dan orang tua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ngeri nyer..timun pong bole wat mati kn..
timun oh timun,..pasni takut dah nak mkn and guna timun,...hihih
Post a Comment