OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, June 1, 2011

Jangan ketinggalan...Bayi Tiruan kini di pasaran

Sebelum ni kita digemparkan dengan daging tiruan dan telur tiruan. Sekarang ni timbul pula bayi tiruan. Wow! zaman semakin moden maka pemikiran pun semakin moden sehinggakan apa yang mereka lakukan di luar jangkaan kita.

Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England, Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip dengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi.

Anak patung yang dinamakan “reborn babies” ini dibuat semirip mungkin dengan bayi yang sebenar. Kelembutan plastiknya hampir tidak ada bezanya dengan kulit bayi. Begitu juga dengan warna kulit dan matanya. Jarinya juga dilengkapi kuku dan kepalanya memiliki rambut tipis seperti bayi. Yang paling unik, anak patung ini boleh mengeluarkan air liur.




oppss it's not real baby....tapi kiut kan mirip seperti bayi sebenar

Anak patung ini tidak dibuat dengan jumlah yang banyak. Pembeli harus memesannya terlebih dahulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan. Sebab itu harganya begitu mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.

Selain para pengumpul anak patung, pembelinya ialah para ibu yang kehilangan bayinya meninggal. Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun, puterinya yang meninggal kerana leukemia pada usia tujuh tahun. Hasty menamakan anak patungnya “Abby” dan meletakkannya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. “Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi,” katanya.

Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ianya bayi sebenar. 



Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis terpaksa memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta.

8 comments:

Gades Merah Jambu said...

bestnya..
ase nak 1 jer..

haslinda said...

alolooo...tomey nyeeerr...cam baby betul2 je...

shafinaz (: said...

tiutnyewwwwwww

kay-rio said...

macam2 dah skang.seme nak amek dari asal.haha
lawak banner katakana.

* Zaleta * said...

ku takut la...kang idop cam chucky...huhuhu

LaLa said...

betul cakp *Zaleta*...
scary tp comel...
tp lg best lau baby betul, hehehe

CikHaniBhulat said...

menakut kan jew rasanya...
sy xrasa dia menhiburkan aty ibu yg kehilangan anak..sebab nyew, baby tu xboley membesar..lagi la jdik tekanan pada ibu...

alexa yussida said...

scary je..kang memalam nanges betol kang...huhuhu

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com