SAKIT...orang ramai cuba mententeramkan Mohd Hakimi yang mengalami kecederaan parah sementara gambar bawah keadaan motosikal dinaiki dua beranak itu yang rosak teruk.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, Mohd Hakimi Musazali, 10, bersama ibunya, Roziah Basah, 35, dari Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi cedera parah selepas motosikal dinaiki dilanggar sebuah Produa Kancil dari belakang.
Pada masa sama, sebuah Produa Viva dipandu seorang wanita bersama anaknya dari arah Kuala Sungai Baru terbabas dan terbalik ketika cuba mengelak dua beranak itu yang terbaring di atas jalan.
Difahamkan, motosikal Yamaha Lagenda ditunggang Roziah berada di tengah jalan untuk membelok masuk ke rumahnya sebelum dirempuh dari belakang Perodua Kancil terbabit.
Berikutan rempuhan kuat itu, Roziah terpelanting kira-kira lima meter menyebabkannya cedera parah di kepala, perut dan kaki kiri manakala Mohd Hakimi yang juga pelajar tahun empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) Yok Sin, Kuala Sungai Baru, di sini, pengsan serta cedera di kaki kanan.
Pemandu Perodua Viva itu, Munirah Mohd Nazir, 27, berkata, dia dalam perjalanan dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah ke Kuala Linggi untuk berniaga apabila melihat sebuah Perodua Kancil mengekori belakang motosikal dua beranak itu. “Saya lihat kereta itu dipandu agak kelam-kabut dan laju manakala motosikal dinaiki mangsa ditunggang perlahan dan ketika tiba di satu simpang, pemandu kereta Kancil tiba-tiba merempuhnya dari belakang.
“Dua beranak itu terpelanting di atas jalan raya manakala Pemandu Kancil itu memecut laju ke arah Kuala Sungai Baru selepas merempuh motosikal itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Munirah berkata, dia gagal mengelak lalu terlanggar motosikal yang tercampak di tepi jalan menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali dan terbabas lalu terbalik.
“Ketika cuba elak daripada merempuh dua beranak itu, saya terpusing stereng kereta ke kiri lalu melanggar tembok rumah dan tiang elektrik.
“Kalau tidak mengelak pasti mereka akan dilanggar dan saya berharap dua beranak itu selamat,” katanya yang memberitahu dia bersama anaknya, Muhamad Qayyum Rozaidi Azizi yang berusia tiga tahun tidak cedera dalam kejadian itu. Roziah yang cedera parah di kepala, perut serta kaki kiri manakala anak sulungnya patah kaki kanan dihantar ke Hospital Melaka menggunakan ambulans untuk menerima rawatan.
Sementara itu, Jurucakap Hospital Melaka mengesahkan wanita itu ditempatkan di Zon Merah Unit Kecemasan hospital berkenaan berikutan kecederaan parah dialami memerlukan pembedahan segera.
“Mangsa kini kritikal kerana pendarahan di kepala dan berkemungkinan besar akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut manakala pembedahan kaki kirinya yang patah akan dilakukan segera,” katanya.
8 comments:
sedihnya rasa.. semoga semuanya ok.. insyallah..
ya Allah sedihnya dengan kemalangan menimpa.semoga mereka semua selamat dan sama-sama kita berdoa
semoga dorg selamat
kesiannya~ semoga mangsa selamat dan segera pulih.
sedihnya baca..hopefully diaorang dapat tangkap pemandu kereta kancil tu...geram betul!!!..and hopefully dua beranak ni selamat...:-(
akak taged fahmi untuk join bloglist cikbunny....kalau berminat, join la ye..
JOM JOIN BLOGLIST CIK BUNNY
semoga kedua2nya selamat dan sihat seperti biasa....
Post a Comment