OUR ADVERTISEMENT

Monday, December 5, 2011

Janin bayi ditemui ditanam di kawasan UiTM Sabah

LOKASI KEJADIAN...di sinilah janin dipercayai ditanam oleh sepasang kekasih terlanjur.

KOTA KINABALU: Seorang pekerja penyelenggara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang melihat kesan tanah seperti digali di kawasan Loji Kumbahan UiTM di sini baru-baru ini terkejut apabila menemui mayat janin bayi dibaluti dengan sehelai kain putih dikuburkan di situ.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu terkejut apabila melihat kesan tanah seperti baru digali dan menyangkakan ia perbuatan individu mencuri kabel elektrik, lalu mengorek tanah berkenaan.

Selepas itu, pekerja berkenaan kemudian menemui sehelai kain putih yang berlumuran darah, lalu membukannya dan terkejut apabila menemui satu ketulan daging sebesar ibu jari dipercayai janin manusia.

Ekoran penemuan itu, lelaki berkenaan memaklumkan kepada pegawai UiTM sebelum bertindak memaklumkan kepada seorang doktor di UiTM, yang mengesahkan ketulan daging itu adalah janin.

Kemudian pihak pengurusan UiTM memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Selepas menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui ketulan daging dipercayai janin yang ditanam berdekatan loji kumbahan di UiTM Sepanggar, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, janin berkenaan baru sahaja ditanam di kawasan berkenaan, namun belum dikenalpasti siapa pelakunya,” katanya.

Sofi berkata, janin berkenaan kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Janin itu dipercayai berusia lingkungan tiga bulan dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu yang terbabit sama ada ia perbuatan pelajar atau orang luar.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

 
sumber: mummynemo

Friday, December 2, 2011

Cinta Dunia dan Takut Mati?



Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)

Penjelasan:

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah. 

Monday, November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433




Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Di harap kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat di mana jua korang berada. Apa-apapun yang kita lakukan biarlah kerana Allah, kerana tempatNya lah kita memohon segala pertolongan. Semoga segala urusan kita di dunia ini sentiasa dipermudahkan olehNya.


Fahmi di sini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1433 HIJRAH..semoga hijrah kita ke arah kebaikan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Sesungguhnya kita adalah sebaik-baik ciptaan yang dijadikan oleh Allah, jadi sama-samalah kita memanfaatkan anugerahNya ini dengan sewajarnya. Tahun baru mesti ada azam baru kan...insyaAllah semoga segala impian kita akan tercapai dengan adanya usaha serta penghambaan diri kita kepadaNya.



Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu perubahan.

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"

Tuesday, November 22, 2011

MALAYSIA LAWAN INDONESIA FINAL | KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011


JARINGAN GOL: MALAYSIA (1-1) INDONESIA
PENALTI: MALAYSIA (4-3) INDONESIA

Alhamdulillah...Tahniah kepada Skuad Bola Sepak Harimau Muda, Malaysia kerana berjaya menerkam emas daripada disambar oleh Garuda, Indonesia dengan kemenangan sepakan penalti 4-3. Ratusan ribu penyokong membanjiri Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Sebelum kemenangan penalti, Malaysia terikat seri satu sama dengan pasukan lawan apabila gol Malaysia dijaringkan oleh Asrarudin Putra Omar pada minit ke-35, manakala gol dari pasukan Indonesia dijaringkan oleh Gunawan pada minit ke-5.


Kekalahan Indonesia pada edisi ini begitu parah tambahan pula beraksi di tempat sendiri dengan harapan dapat membawa pingat emas yang disandarkan oleh 270 Juta rakyat Indonesia. Kehampaan, ketidakpuashatian dan ada yang menangis pada penyokong Garuda dapat disaksikan di kaca tv semalam dan berikutan itu, penyokong lautan merah dengan sekelip mata meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno.


Sebelum ini Indonesia dikecam habis-habisan dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Khamis lepas (17/11/2011), apabila penyokong Indonesia yang berada di stadium tersebut tidak menghormati lagu "Negaraku" yang sedang berkumandang sebelum sepak mula. Malah apa yang aku sendiri saksikan di tv pada final semalam pun sebelum sepak mula, penyokong Garuda ini mengulangi perkara yang sama, lagu "Negaraku" yang berkumandang sebelum sepak mula diharu birukan dengan bunyi bising dan tiupan wesel.


Namun semua itu tidak akan mematahkan semangat Harimau Muda, kerana bahaman demi bahaman berlaku di atas padang walaupun cakaran demi cakaran yang dilakukan oleh burung Garuda pada masa tambahan begitu ketara. Sehingga Malaysia dan Indonesia terikat dengan seri satu sama dan melayakkan perlawanan kepada sepakan penalti. For the last, yeahhh Malaysia juaranya!


Inilah wira-wira negara yang berjaya mengharumkan nama negara!


Penjaga gol:
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan:
Mahali Jasuli
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Fadhli Shas
Mohd Amer Saidin
Fandi Othman
Asraruddin Putra
Zubir Azmi.

Tengah:
Baddrol Bakhtiar(kapten)
Wan Zaharulnizam
K.Gurusamy
Shukur Jusoh
Irfan Fazail
Yong Kuong Yong
Nazmi Faiz.

Penyerang:
Syahrul Azwari
Thamil Arasu
Izzaq Faris
Fakri Saarani



MALAYSIA TERHEBAT!




Monday, November 21, 2011

Keputusan Penuh FFM 24 | Festival Filem Malaysia 24


Berikut adalah keputusan penuh bagi Festival Filem Malaysia 24 bagi Malam Gemilang Perdana yang berlangsung pada 20 November 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Senarai Pemenang Malam Anugerah Gemilang Perdana Festival Filem Malaysia FFM 24.
-Filem Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios
-Pengarah Terbaik - Syamsul Yusof – KL Gangster
-Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam – Kongsi
-Pelakon Wanita Terbaik - Siti Shahriza (Eja) – Janin
-Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Shofi Jikan – KL Gangster
-Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Faezah Elai – Cun
-Lakon Layar Terbaik - Syamsul Yusof – KL Gangster
-Cerita Asal Terbaik - Martias Mohd Ali – Libas
-Penyunting Terbaik - Syamsul Yusof/Hisham Jupri – KL Gangster
-Sinematografi Terbaik - Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa
-Penataan Seni Terbaik - Anuar Paharudin/Kek Ting Lim – Hikayat Merong Mahawangsa
-Penataan Bunyi Terbaik - Hisham Jupri – KL Gangster
-Pereka Kostum Terbaik - Rosada Abdul Hamid - Hikayat Merong Mahawangsa
-Skor Muzik Asal Terbaik - Edry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa
-Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin
-Anugerah Pencapaian Gemilang - Datuk Michelle Yeoh

4 anugerah khas juri juga telah diumumkan
-Filem Box-Office - K.L.Gangster
-Pelakon Komedi Terbaik - Allahyarham Zami Ismail
-Filem genre seram misteri - Janin
-Kecemerlangan kecekalan seniman yang masih aktif - Sidek Hussin

Saturday, November 19, 2011

Semester Baru...Semangat Baru...Gaya Baru...

tuan belog yang tak seberapa kacak!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Sob...sob..sob..flu yang menyerang diri ini. Nak nangis pun ada jugak, tambah lagi nak buka semester baru next week ni. Go back uitm, berpisah dengan keluarga yang tercinta buat sementara waktu, hmmm tak der maknanya nak nangis-nangis segala. Dah tiga semester begini tak kan tak biasa berjauhan ngan famili. Ayah ibu, anak mu hendak pergi merantau buat seketika untuk mengutip ilmu...halalkan segala makan dan minum ku sepanjang keberadaan ku pada cuti semester di rumah ini...ecehcehcehceh...tak nak sedih-sedih XD




Minggu depan dah start kuliah, alhamdulillah masuk tu dah berada di semester 4. Setiap orang ada azam masing-masing..tak gitu?.macam tu juga aku, apa yang aku harap adalah mempunyai semangat yang kental untuk mengharungi segala macam halangan dan rintangan yang melanda..hey jebat!..haha...semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan ku dan kita semua.




Gaya baru?..apa yang nak ditonjolkan?..nak ada red carpet dengan penampilan  yang bergaya sakan sambil senyum-senyum tersipu malu dan paling tragis nak tergelincir sebab baru lepas hujan diiringi jeritan dari bukan peminat yang semua menaiki kereta ala-ala mewah dan aku jew yang jalan kaki di red carpet tu dari gate sampai hostel...hahaha. Sudah..sudah!..hmm..malas nak gaya-gaya sangat semester baru ni, biasa-biasa pun kira ok yang penting penampilan diri tu diutamakan agar elok di mata orang yang memandang. Otak pun kena 'bergaya' juga.


Whatever it is, semester baru ni ku harap memberikan sinar yang baru terhadap semua bidang yang akan ku pelajari.






"Do what you like, like what you do!"


Friday, November 18, 2011

Tips Menyembuhkan Mata Rabun


Sabda Nabi Muhammad S.A.W

"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  •  Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

sumber:pemaniskata.blogspot


Nabi S.A.W bersabda:

"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"


Video MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA 2011 | Gol Malaysia oleh Syahrul Azwari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekalung tahniah kepada pasukan Harimau Muda, Malaysia kerana telah berjaya menewaskan pasukan Garuda, Indonesia dengan jaringan 1-0 yang telah diadakan di Stadium Gelora Bong Karno semalam.

Mari sama-sama kita saksikan apabila penjaring ulung negara Syahrul Azwari yang telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke-18.


Syahrul Azwari
sumber gambar: facebook


MENARIKNYA TENTANG NOMBOR 18 DAN SYAHRUL AZWARI
  • Syahrul Azwari berumur 18 tahun.
  • Memakai Jersi 18 untuk pasukan Harimau Muda Kebangsaan.
  • Menjaringkan gol menentang Indonesia pada minit ke-18
  • Entri ni aku published pada 18 hari bulan..hahaha...Malaysia boleh!


11 Manusia Yang Didoakan Malaikat

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.


Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Berikut antara orang yang mendapat doa malaikat yang fahmi di sini ambil dari pemaniskata.

1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda,“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


sumber: pemaniskata.blogspot

Thursday, November 17, 2011

Jambatan Dalam Air dibina Inspirasi Dari Kisah Nabi Musa


Lazimnya jambatan dibina di atas permukaan air bagi membolehkan pengguna melintasi sungai, parit, tasik dan sebagainya untuk ke seberang.

Lain pula ceritanya di Belanda, disifatkan sebagai sebuah "jambatan halimunan", jambatan yang dibina berinspirasikan kisah Nabi Musa membelah lautan itu dibina di bawah permukaan air.

Jurucakap pereka jambatan unik itu, Ad Kils berkata, konsep halimunan ini dapat menghalang musuh daripada melihat kita melintasi air dan konsep ini boleh dipraktikkan di dalam sistem pertahanan.




Seorang budak lelaki kelihatan seolah-olah tenggelam di dalam air ketika melalui jambatan tersebut.

Ditanya bagaimana jika air melimpah masuk ke dalam ruangan jambatan, Ad Kils menjawab, "anda tak perlu bimbang, kerana ia hanya risiko yang kecil".


kredit: freemalays.blogspot

Nak Jadi Model..tapi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aikkk pagi-pagi keja aku memang baca berita online..hmmm siapa yang tak nak jadi model kan? aku pun nak kalau ada yang tawarkan...haha...ni lagi kes terbaru yang aku cedok daripada harian metro online, mengikut kenyataan dalam news ni, seorang lelaki menyamar sebagai penguji bakat dan berjaya memperdaya sekurang-kurangnya 15 orang gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka. 

Waduh-waduh macamana la perkara ni boleh berlaku, dah la kes ni berlaku sejak awal tahun ni dan sekarang baru dapat dihidu aktiviti lelaki yang kecanduan gadis ni. Dunia...dunia...


tuan belog: so...korang hati-hati la yew...kalau ada syarikat yang tawarkan jadi model tu biarlah buat observation/survey dulu kat syarikat tu.

Wednesday, November 16, 2011

Saya Nak Menang Samsung Galaxy S II Sebab..


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Fahmi di sini begitu teruja apabila membaca entri kat satu laman web ni iaitu denaihati. Di mana denaihati ini menguar-uarkan contest yang dianjurkan oleh Beta.my yang ditaja oleh Mynewshub. Peserta hanya perlu membuat entri bebas dan kreatif mengapa mahukan Samsung Galaxy SII. Best kan???. Nak lebih lanjut klik sini.


Baiklah, fahmi sangat-sangat sukakan Samsung Galaxy SII ni kerana functions'nya yang pelbagai sesuai dengan kehendak pengguna. Apa yang lebih menarik reka bentuknya yang elegan dan skrinnya yang besar.


Di bawah ni merupakan spesifikasi Samsung Galaxy SII.


sumber: www.gsmarena.com


Fahmi di sini memilih entri ber'genre'kan komik sebagai pertaruhan dalam contest ni. Jadi kat bawah ni merupakan komik pendek yang fahmi di sini buat dan sunting sendiri daripada kartun upin dan ipin..hope u enjoy it! :)







 





Tuan belog: best gila kalau dapat SAMSUNG GALAXY SII ni...mau angan-angan jap..hihi




Wordless Wednesday #10 | Accomplish and Go Beyond!




Kerbau jadi haiwan kesayangan dibela di dalam rumah


Seekor kerbau sepanjang 8 kaki dan tinggi 6 kaki yang diberi nama Bailey Junior bagaikan selebriti di sekitar pekan Spruce Grove di Alberta Kanada.

Haiwan seberat 1,820 pound (826 kg) itu barangkali merupakan haiwan terbesar di dunia yang pernah menjadi haiwan kesayangan manusia. Malah ia turut dibela di dalam rumah.


Jim dan Linda Sautner mula memelihara Bailey sejak ia kehilangan ibunya. Kerbau berwarna hitam itu diberikan susu botol sedari kecil lagi dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.


Kini kerbau berusia 3 tahun itu turut dibawa bersiar-siar ke seluruh pekan dan bandar bertemu dengan rakan-rakan Jim, malah turut dibawa ke bar untuk minum beer bersama tuannya.

Jim turut mengubahsuai keretanya bagi membolehkan kerbau kesayangan keluarganya itu dibawa bersiar-siar dengan kereta. Keretanya diubahsuai agar mampu menampung ruang dan berat Bailey.


Check it out!




sumber: freemalays

Tuesday, November 15, 2011

Teh termahal di dunia dibuat daripada tahi beruang panda

Biasa kita dengar tentang kopi "tahi musang" yang begitu mahal harganya. Namun berbeza kali ini apabila seorang lelaki di China cuba memecahkan rekod harga teh termahal di dunia yang diperbuat dari tahi Beruang Panda.

Pensyarah salah sebuah kolej itu, An Yanshi telah mengumpulkan lima tan tinja Beruang Panda untuk mencipta sejenis teh yang baru.

Dia yakin bahawa tinja tersebut yang memiliki aroma unik mampu membuatkan teh ciptaannya nanti menjadi kegemaran kepada mereka yang bercita rasa tinggi dan membolehkan ia dijual sehingga £50,000 (RM252,432) sekilogram.




Yanshi menjelaskan "Beruang Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang cekap dan ia hanya menyerap sekitar 30 peratus sebarang zat makanan yang dimakan. Ini bermakna, tinja haiwan ini kaya dengan serat dan nutrient"

"Ia memiliki aroma yang matang, kepedasan serta tersendiri semasa melalui proses penapaian."

Yanshi yang mengumpulkan tahi beruang menggunakan lori dari pusat ternakan Panda gergasi di Chengdu, daerah Sinchuan Selatan China mensasarkan untuk memegang Guinness World Record sebaik sahaja pusingan pertama tehnya sedia untuk dijual.

Kopi paling mahal di dunia setakat ini dibuat daripada bijian kopi yang dimakan, disepara cernakan serta dikeluarkan semula oleh sejenis musang Indonesia.

Kopi Luwak, atau "Civet Coffee" dijual sehingga £100 (RM504.80) untuk setiap 0.45kg di United Kingdom

sumber: freemalays

Kucing Tersangkut 3 Hari, 20 Kaki di Puncak Pokok Kaktus



Alaa...ciannya...


Beberapa orang penduduk bimbang dengan nasib seekor kucing yang tersangkut di puncak sebatang pokok kaktus setinggi 20 kaki sejak lebih tiga hari.


Kejadian yang berlaku di Salt River, Arizona itu menyaksikan penduduk beberapa hari mencari jalan untuk menurunkan kucing tersebut.


Menurut salah seorang penduduk, JD Robbins "kucing itu barangkali telah dikejar oleh anjing hutan. Walaupun tersangkut begitu lama, ia tetap kelihatan tenang"


Dilaporkan bahawa kucing malang tersebut sudah tersangkut di puncak pohon kaktus tersebut sejak tiga hari tanpa makan dan minum di bawah panas terik matahari di kawasan gurun tersebut.

Segelintir pakar menyatakan bahawa adalah lebih berbahaya untuk menyelamatkan kucing tersebut - manakala pihak bomba pula menasihatkan tidak perlu, kerana ia akhirnya pasti akan turun sendiri.

Dakwaan tersebut tenyata benar apabila kucing tersebut akhirnya memberanikan diri untuk turun sendiri tanpa sebarang bantuan manusia sambil gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar Fox9 TV.

Check it out video di bawah.


sumber: freemalays.blogspot


Malang tak berbau, badak air baham tuan sendiri



KLERKSDORP (Afrika Selatan): Seorang peladang maut dibunuh badak air yang dibelanya sejak haiwan liar itu berusia lima bulan dan dilayan seperti anak sendiri.

Marius Els dilaporkan dibaham berkali-kali Humphrey - nama badak air itu sehingga dia menemui ajalnya pada malam Sabtu lalu.

Media semalam melaporkan, mayat Els, 41, yang mempunyai kesan cedera serius ditemui terapung dalam sungai di kawasan ladangnya di Klerksdorp, wilayah Barat Laut Afrika Selatan.

Awal tahun ini, Els menjadi perhatian ramai apabila gambarnya menunggang Humphrey disiarkan.
Kata Els, Humphrey seberat 1,200 kilogram itu seolah-olah anak lelakinya sendiri.
“Perangainya juga seperti manusia,” katanya.

Menurut Els, wujud pertalian unik dan akrab di antara dirinya dengan Humphrey tetapi ia gagal difahami ramai orang.

“Bagi sesetengah orang, mereka menyangka hubungan baik manusia dengan haiwan hanya boleh berlaku jika ia membabitkan anjing, kucing dan haiwan domestik,” katanya.

Memiliki ladang seluas 162 hektar, Els berbangga kerana dia mampu menjalin hubungan baik dengan haiwan paling berbahaya di Afrika.

Selain Humphrey, Els memelihara 20 haiwan eksotik berlainan spesies di ladang itu, termasuk zirafah dan badak sumbu. Bagaimanapun, Els mempunyai hubungan istimewa dengan Humphrey sejak ia dibeli ketika haiwan liar itu berusia lima bulan.

Els juga membina tasik khas untuk Humphrey di ladangnya. Ketika ini, Humphrey berusia enam tahun.
Menurut Els, dia sedar ada bahaya pada setiap haiwan peliharaannya itu dan sentiasa berhati-hati.
“Jika Humphrey berasa tidak mahu ditunggangi, dia akan mencampak saya seperti seekor kuda,” katanya satu ketika dulu.

Mac lalu, Humphrey menyerang dua pemain kenu yang melalui tasik berkenaan untuk ke Sungai berhampiran. - DM

sumber: harianMetro



MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com