OUR ADVERTISEMENT

Monday, December 5, 2011

Janin bayi ditemui ditanam di kawasan UiTM Sabah

LOKASI KEJADIAN...di sinilah janin dipercayai ditanam oleh sepasang kekasih terlanjur.

KOTA KINABALU: Seorang pekerja penyelenggara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang melihat kesan tanah seperti digali di kawasan Loji Kumbahan UiTM di sini baru-baru ini terkejut apabila menemui mayat janin bayi dibaluti dengan sehelai kain putih dikuburkan di situ.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu terkejut apabila melihat kesan tanah seperti baru digali dan menyangkakan ia perbuatan individu mencuri kabel elektrik, lalu mengorek tanah berkenaan.

Selepas itu, pekerja berkenaan kemudian menemui sehelai kain putih yang berlumuran darah, lalu membukannya dan terkejut apabila menemui satu ketulan daging sebesar ibu jari dipercayai janin manusia.

Ekoran penemuan itu, lelaki berkenaan memaklumkan kepada pegawai UiTM sebelum bertindak memaklumkan kepada seorang doktor di UiTM, yang mengesahkan ketulan daging itu adalah janin.

Kemudian pihak pengurusan UiTM memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Selepas menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui ketulan daging dipercayai janin yang ditanam berdekatan loji kumbahan di UiTM Sepanggar, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, janin berkenaan baru sahaja ditanam di kawasan berkenaan, namun belum dikenalpasti siapa pelakunya,” katanya.

Sofi berkata, janin berkenaan kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Janin itu dipercayai berusia lingkungan tiga bulan dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu yang terbabit sama ada ia perbuatan pelajar atau orang luar.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

 
sumber: mummynemo

8 comments:

Kira Kekuri said...

biar betulllllll? konon aku x dengar konon kabar angin pasal nih. huhu

nia ryani said...

btol ka nii??

Muhammad Khairul Fahmi said...

kira kekuri & nia ryani: btol la..kejadian ne b'laku tmpt kampus i skg...huhu

anahiettah afibs said...

lagi2..tutup mata lama2 jd buta... bila mata buka lak x dpt buat apa2

mS.eiRa MZ said...

can'y believe it if there still no proven..huhu >.<

nia ryani said...

campus kmi la jga 2...huhu

♥e'in♥ said...

astarghfirullah.. ape nak jadi tah..

by shahamri.com [SA] said...

Salam dari blog www.shahamri.com.Shah dtg melawat blog ni..nampaknya blog ni ada hutang entri di blog shah..jom baca kat bawah nyh..follow sekiranya anda ikhlas sahaja ye..

1.Blog Kena Hack Lagi
2.Dapatkan Headline Animator blog shahamri.com
3.PANAS! servis percuma shoutbox akan dihentikan.

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com