OUR ADVERTISEMENT

Friday, April 27, 2012

Biodata IMAM MUDA ALI


gambar 2011

Assalamualaikum semua...

Hari Jumaat yang penuh barakah ini fahmi di sini ingin berkongsi serba sedikit mengenai Imam Muda Ali yang merupakan salah seorang peserta Imam Muda musim ke-2. Memang dah ramai yang kenal pun kan dengan IM Ali ni??..it's okay! Alang-alang aku dan IM Ali ni tinggal di daerah yang sama iaitu Beaufort, Sabah, aku pun nak juga kasi kenal ngan korang semua...Let's check it out!

  • NAMA : ALI KHAIRUDDIN BIN HAJI ABDUL MARIF
  • UMUR : 27 TAHUN
  • TARIKH LAHIR : 20 FERBRUARI 1985
  • ASAL : SABAH
  • PENDIDIKAN : SPM (SMK. BEAUFORT 2, SABAH)
  • PEKERJAAN : GURU KAFA
  • STATUS : BUJANG


Peserta Imam Muda Musim Ke-2



sumber: FB IM Ali

Kenali IM Ali kita dengan lebih dekat jom terjah: 

FB IM Ali ---> (tekan laju-laju di sini)
FAN PAGE IM Ali ---> (tekan laju-laju lagi di sini)


Thursday, April 26, 2012

Penggunaan Perkataan "BAH" dalam BAHASA SABAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku mau kongsi perkataan yang begitu sinonim dengan rakyat Sabah iaitu "Bah" yang mana seringkali dilafazkan dalam pertuturan seharian rakyat di Negeri Bawah Bayu ini.

Bah, jangan di kasi lama! let's check it out!

"Bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat masyarakat Sabah. Penggunaan "bah" dalam setiap pertuturan masyarakat Sabah inilah yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai. Kata tambah "bah" mempunyai fungsi tertentu.

(A) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang BETUL:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata.
  •     BM Sabah: Iya bah!
  •     BM piawai: Yalah!
2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
   
   Contoh ayat:
  •     BM Sabah: Bah, kamu pigilah dulu!
  •     BM piawai: Kamu pergilah dulu!

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
    ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
   
    Contoh ayat:
  •     BM Sabah: "Boboi, nanti ko pigi beli beras di kadai sana!" Boboi menjawab, "Bah!"
  •     BM piawai: "Boboi, nanti pergi beli beras di kedai sana!" Boboi menjawab, "Baiklah!"

4) Menguatkan lagi sesuatu perkataan.
    
   Contoh ayat:
  •     BM Sabah: Ko datang dari KL bah kan? Awal lagi bah ni! Sejuk bah ni air!
  •     BM piawai: Awak datang dari KL kan? Awal lagilah ni! Sejuklah air ni!

Pengunaannya "bah" sangat unik di kalangan masyarakat Sabah. Walau bagaimanapun perkataan "bah" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah.

(B) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang SALAH:

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
  1. "Apa kabar bah?" SALAH dan sepatutnya "Apa khabar?" sudah memadai.
  2. "Sudah makankah bah?" SALAH dan sepatutnya "Sudah makan? sudah memadai atau "Sudah makan bahkan?" juga boleh digunakan.
  3. "Bila balik bah?" SALAH dan sepatutnya "Bila balik?" sudah memadai.
i'm sabahan ^_^

Berhati-hatilah menggunakan "bah" sebab bunyinya mungkin menjadi aneh dan jelek didengar jika perkataan "bah" salah digunakan dalam pertuturan.

Maka dengan itu, marilah menggunakan Bahasa Sabah yang betul. Jangan cuba memalukan diri dengan kononnya menggunakan Bahasa Sabah tetapi sebenarnya salah. Tak salah kalau salah cakap sebab ianya langkah mula untuk belajar. Bahasa jiwa bangsa. Selamat belajar!

kredit: azizullemin

Monday, April 23, 2012

Manusia zaman sekarang | Susah Sangatkah Kalau....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

"Alaaa baru hari ni buat, bukan banyak kali pun", "bukan orang nampak pun", "orang tak kesah pun"... semua pun pun pun..itu saja korang tau !...cepat! cepat! buang ayat pujangga korang yang dalam hotak tu! nampak biadap aku cakap cengini? whatever it is, tahulah manusia ni tapi bukan semua hanya sebilangan kecil, nasihat elok-elok, sopan-sopan, jangan buat itu ini..itu juga korang buat. Macam biasalah kan, contohnya, pendrive korang dipinjam oleh someone so korang cakap jangan buka file dot..dot..dot tu yewww...hmm...kalau yang okay tu dorang tak kan buka punya tapi yang ada penyakit gatal-gatal tangan tu tetap juga nak buka file korang tu. Bagus tak payah kasi tau =)

Sedar atau tidak, acapkali (perghh ayat, terima kasih cikgu BM yang pernah mengajarku..hihi) kalau kita berjalan di mana-mana, shopping, melintas jalan raya, berada di koridor, kedai-kedai or anything yang semua dekat public ada seperkara yang membuatkan penampilan korang tu "cacat" belaka, kalau yang perempuan tu muka dah cantik, touch up sana sini atas bawah, jalan macam model macam ada red carpet saja yang korang pijak tu. Lelaki pula, muka handsome, dressing memang hot la, belum lagi + perfume yang power gila macam dunia ni kamulah yang punya.

Tapi dan tapi...soooo and soooo...soley - soley...SUSAH SANGATKAH KALAU... :


1.  Buang bekas makanan atau minuman yang korang beli tu di dalam tong sampah yang disediakan, ni tak, buang merata tempat. Budak tadika pun tau apa benda tong sampah tu tau. Malu der..Negara bersih rakyat sihat.

2. Janganlah berludah sembarangan, bukan tak boleh tapi tak sopan, carilah tempat yang tak ramai orang then berludah lah sepuas hati tapi jangan sampai nak terkeluar usus-usus korang tu. Kalau lelaki biasa dengan kejantanannya. Pernah aku nampak perempuan yang memang ayu, ingat nak buat bibir paling kiut, nak buang saliva rupanya. Adushhhh! mungkin dia ingat aku ni invisible yang memang dia ingat dah clear tak ada orang. Agak-agaklah weii...perempuan kan sinonim dengan keayuan dan kewanitaannya. Luv u all!


3. Kat tandas awam, boleh tak flush lepas guna. Bukan susah pun kan, tarik ja. Kalau tak sia-sia saja korang bayar 30 sen atau 20 sen tu. Memang jumlahnya agak sedikit tapi kalau tak ada 20 sen atau 30 sen tu, tak lengkap lah duit 1 Juta, dalam maksudnya tu. Janganlah nak kasi tayang ngan orang naj** korang tu. Semua sama jer!. As my bro said before, tak payahlah nak minat sangat ngan artis si polan bin si polan tu, taik dorang sama jugak "bau wangi". HAHA! sorry to say!. Kalau kat tandas rumah korang kenapa boleh buat? bersih semacam saja. Pikirlah sendiri =)

tomeiiinya my heliza...jangan amik!

4. Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Senyum itu satu sedekah dan senyumlah asal bertempat. ^___^

Kita semua bukan perfect, tapi tak salahkan bagi nampak perfect kat mata orang lain asalkan niat baik dan bagi sikap yang boleh jadi contoh ngan orang lain tu dah cukup. Nasihat di atas juga adalah untuk penulis a.k.a tuan empunya belog sendiri. Salam sayang buat semua.

"Give a good attitude for a new person !"

Sumber gambar: Google.

Sunday, April 22, 2012

TOP 4 : Gua Minat Haiwan Peliharaan ni...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Lama dowh tak update blog, malas nak bagi alasan kenapa aku jarang update blog coz alasan dan benda yang sama juga aku akan bagi nanti..busy..kononnya..hihi..

So malam yang penuh dengan bintang ni, itu pun kalau ada bintang sebab cuaca sekarang ni tak menentu kan kan?, kalau tak siang, malam pun hujan dan ada kalanya siang dan malam pun terus-menerus hujan. So jangan la pandai-pandai nak mengeluh, hujan tu rahmat, just say Alhamdulillah... nanti time panas nak pula hujan. Biasalah manusia kan..kan..tepuk dada tanya dot…dot..dot…

Dipendekkan story, tiba-tiba pula nak berkongsi haiwan-haiwan peliharaan yang gua minat…
TOP 4…selalu top 5 atau top 10 kan?...tak kesahh lah janji happy :)

Let's check it out !!!

4. Hamster



3.Nemo



2. Arnab

 


1. Kucing



 Sebab minat? : COMELLLLLLLLLLL


Sumber gambar: semua dari cik google =)




Thursday, April 12, 2012

Malaysia tarik balik nasihat amaran Tsunami


KUALA LUMPUR 12 April — Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).

sumber: abg google!

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.

Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.

JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami. — BERNAMA


“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. 
Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya” - Kaab bin Malik RA 


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com