Assalamualaikum. Esok 9 Zulhijjah 1434H bersamaan 14 Oktober 2013 merupakan hari arafah di mana hari arafah tersebut mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari esok (9 Zulhijjah). Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari tersebut.
Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama ;
A. Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi S.A.W. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).B. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya. (Riwayat Imam Muslim)
Dosa yang dimaksudkan (untuk dihapuskan) bukanlah dosa besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim
C. Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
E. Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari (menyamai) seribu hari, hari Arafah (menyamai) sepuluh ribu. Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti).
Marilah kita sama-sama merebut peluang setahun sekali ini. Semoga amal ibadah kita sentiasa diberkatiNya dan dapat menghindarkan diri daripada kekotoran dosa dan noda. InsyaAllah.
via: islamituindah
4 comments:
Salam Idul Adha, singgah dari blog Luqman tadi.
Blogwalking
Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my
nice sharing..
Post a Comment