OUR ADVERTISEMENT

Thursday, August 28, 2014

Ingin menjana pendapatan dengan telefon bimbit anda? Jom hubungi saya


Jadilah agen penjual ToneExcel!
ToneExcel ini bukan menjual topup, kerana kalau jual topup, sekali jual, sekali untung. Tak jual tak dapat untung.

Anda boleh mejadi agen penjual simkad toneexcel. Jika anda berjaya jual pada satu orang, anda akan dapat untung sebanyak RM20. Kedua, setiap kali kawan tu topup, anda akan mendapat sehingga 6% daripada jumlah topup mereka. Tak kiralah kat mana sekali pun mereka topup. Mereka tak perlu datang jumpa anda. Mereka boleh topup di mana-mana kedai topup, 7 eleven, station minyak ataupun maybank2u. Setiap kali mereka topup, toneexcel akan berikan sehingga 6% kepada anda dan komisyen tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank kita setiap bulan.

Bayangkan kalau kawan tu guna handphone tersebut selama 5 tahun. Maknanya, selama itulah anda akan dapat komisyen selagi dia topup. Anda duduk rumah, mereka topup di kedai dan anda dapat komisyen, ini namanya duduk rumah dapat duit. Jadi, kalau nak dapat komisyen yang banyak, carilah pelanggan seramai yang boleh, lepas tu bolehlah duduk diam-diam di rumah, relaxs, tunggu duit topup komisyen masuk tiap-tiap bulan sahaja.



Kandungan entri dipetik dari Buku ToneExcel Buat $$$ Dengan Handphne Anda - Mazelan Abas
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini pendapatan pasif seumur hidup..

ADAKAH SELAMA INI ANDA/KELUARGA ANDA SUDAH TOPUP PREPAID

BERIBU-RIBU RINGGIT, ANDA DAPAT DUIT TUNAI?

TIDAK BUKAN! Anda Rugi sesangat!! Bil tetap bayar dan prepaid tetap

topup setiap minggu/bulan/tahun, tapi tidak dapat duit tunai. Hanya

prepaid TUNE TALK/TONEEXCEL ini yang membayar kita duit tunai

kepadayang menggunakan dan mengembangkannya. Ramai yang telah

dan sedang menikmati pendapatan pasif RM beratus-ratus ringgit hingga

RM berpuluh ribu ringgit setiap bulan dan semakin meningkat setiap

bulan, bermakna naik gaji setiap bulan seumur hidup. Anda bagaimana?

Naik gaji setiap bulan!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika berminat sila email ke fahmi_haseok91@yahoo.com
atau hubungi/whatsapp terus ke 0145701758

Tuesday, November 5, 2013

Tazkirah Maal Hijrah : AIR MATA RASULULLAH

Salam Maal Hijrah 1435H kepada seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.

Gambar hiasan

AIRMATA RASULULLAH ﷺ

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu...

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mengingati maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Ya اَللّهُ :
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Monday, November 4, 2013

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Assalamualaikum. Mari semua sahabat penuhi masjid/surau petang ni, sama-sama kita berdoa akhir dan awal tahun hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini kita akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Dibaca selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib


Dibaca selepas masuk waktu maghrib
'





Thursday, October 31, 2013

[Wajib Baca] Pisang bukan sekadar Pisang

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

I like banana! Chop! makan pisang jap hihi
Thats why my header blog tengah makan pisang ;)

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Rujuk:
"Pakar Nutrisi Sihat"

via: whatsapp


Sunday, October 13, 2013

Kelebihan Puasa Arafah. Rebut Peluang!



Assalamualaikum. Esok 9 Zulhijjah 1434H bersamaan 14 Oktober 2013 merupakan hari arafah di mana hari arafah tersebut mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari esok (9 Zulhijjah). Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari tersebut.

Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama ;

A. Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi S.A.W. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

B. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya. (Riwayat Imam Muslim)

Dosa yang dimaksudkan (untuk dihapuskan) bukanlah dosa besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim

C. Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

E. Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari (menyamai) seribu hari, hari Arafah (menyamai) sepuluh ribu. Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti).


Marilah kita sama-sama merebut peluang setahun sekali ini. Semoga amal ibadah kita sentiasa diberkatiNya dan dapat menghindarkan diri daripada kekotoran dosa dan noda. InsyaAllah.





via: islamituindah

Thursday, October 10, 2013

Genap 3 Bulan


Assalamualaikum. Hari ni genap 3 bulan aku kembali meng-update entri selepas 10 Julai yang lalu. Komitmen dengan exam harus diutamakan terlebih dahulu and now Alhamdulillah segalanya berakhir dengan jayanya, terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan urusanku. Semoga segala usaha ada keberhasilan yang lumayan insyaAllah, la haw la wala kuwata illa billah, tiada daya dan kuasa melainkan dengan izinMu ya Allah.

So setakat ni saja la. insyaAllah jika ada kesempatan nak update entri seterusnya. tengah fikir ni nak update entri pasal apa hihi ;)

Wednesday, July 10, 2013

SALAM RAMADAN...jangan ponteng puasa




Assalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadan buat semua, semoga usia yang Allah bekalkan untuk kita bertemu bulan Ramadan kali ini dimanfaatkan dengan sebaiknya. Bulan di mana orang ramai berebut top up pahala sebanyaknya tapi haruslah diniatkan di dalam hati segala kerja dilakukan hanyalah untuk Maha Pencipta. Semoga Allah mempermudahkan segala ibadah kita dan mendapat keberkatanNya, insyaAllah. Amin ya Rabbal Alamin.

Tengok jap video di bawah ni hehe ^_^

Sunday, July 7, 2013

Rindu Cintaku Padamu PAMI


Assalamualaikum. salam sayang semua hehehe lama dah wei tak update blog ni. tiada masa katanya. uhukxxx tak mau cakap panjang, ni hah nak share skit lagu yg tiba-tiba jadi fav song aku semenjak dua menjak ni dan time tu juga aku ter-feeling setiap kali dengar lagu ni. ^_^>


RINDU CINTAKU PADAMU


Jarak yang memisahkan
Engkau dan aku
Terlukis sebuah rasa
Berbingkai rindu 

[*] Gelisah karnamu
Ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu

[**] Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini, kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu 

Berharap esok hari
Kita bersatu
Menembus dinding waktu
Menghalang rasaku 

Repeat [*] & [**]
Repeat [**] (2x) 

Rindu cintaku padamu

^_<

Monday, April 8, 2013

Lagu SAYANG parodi dalam parodi...habisss

Nah apabila lagu sayang yang meletops diparodikan..ambik kauuu...kesian lorh si SHAE ni, sokay baby ur song sooo fofular di Malaysia ni hahaha


Original Video


Niki Minaj Malaysia


Curlassss kauu!


Ambikkk kauuu! giliran Azrul RL memperodikan, sampai masuk tv..


Sejarah tercipta lagi..kali ni Johan men-double parodikan di ABPBH semalam hahaha
Gelak weiiiiii!!!!


Nak buat cover?? haha

Wednesday, April 3, 2013

Undi PAKATAN RAKYAT atau BARISAN NASIONAL ???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Kenapa tiba-tiba aku teringin nak update entri ni?? ini bukan blog politik tau. Dalam kehangatan negara kita yang bakal menghadapi pilihan raya ni, hari ini dengan rasminya PM mengumumkan untuk membubarkan parlimen. Penantian rakyat akhirnya terjawab.

Rakyat adalah penentu ke mana hala tuju negara selepas PRU13 ni, adakah akan masih mengekalkan kerajaan yang sebelumnya atau menaikkan kerajaan baru dari Pakatan Rakyat??? apa-apa pun aku sebagai anak Malaysia mengharapkan pentadbiran negara yang lebih baik selepas PRU13 ni di mana pemimpin-pemimpinnya benar-benar membantu dan membela rakyat bermula dari mengangkat sumpah sebagai menteri sehingga tamat tempoh perkhidmatan, bukan pemimpin yang hanya tau turun padang ketika PRU menjelma. :::kikiki:::

Fikir-fikirkan...


Saturday, January 19, 2013

FULL VIDEO | Final Maharaja Lawak Mega 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 berakhir semalam. Berbeza dari sebelumnya, kali ini MLM 2012 di adakan di Johor Bahru yang dipancarkan secara langsung di Astro Warna dan Astro Mustika HD.

Juara : JOZAN
Ke-2 : JAMBU
Ke-3 : SHIRO
Ke-4 : BOBOI
Ke-5 : SAYWHO

Listen ! Listen ! Listen! JOZAN memang terbaikkkk!!!!!

Lets check it out full video MLM 2012 Final dari Part 1 - Part 10 (sumber video dari guatv.com)






















Sunday, January 6, 2013

KEPUTUSAN PENUH AJL 27 - ANUGERAH JUARA LAGU KE-27 2012



PERSEMBAHAN TERBAIK - Teman Pengganti

Black & Rj


VOKAL TERBAIK - Ku Akui

Hafiz


KETIGA AJL KE-27 - Ku Akui

Hafiz


KEDUA AJL KE-27 - Idola

Azlan & The Typewriter


JUARA AJL KE-27 - Terukir Di Bintang -Yuna

Aizat (Penyanyi Pengganti)


Tuesday, January 1, 2013

HELLO NEW YEAR 2013 - PAMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera pak cik, mak cik, bro, sis adik-adik yg tersayang...

Sempena tahun baru masihi ni, daku ucapkan HAPPY NEW YEAR 2013 kepada semua. Tentu sekali tahun baharu mesti ramai yang tanam azam baru juga kan, yang dah tercapai azam tahun lepas tu diucapkan tahniah, yang masih belum tercapai atau dalam erti kata lain still in progress, tak pa, teruskan usaha, insyaAllah apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan.


Macam aku, azam tu memang banyak, by the way the common word is berjaya dalam semua bidang yang diceburi is my target! as long as my family is happy to see me succeed :)

Semoga sahabat handai, para pembaca semua terus "vogue" di tahun baharu ni !

Salam Sayang untuk semua..muahhhh ;)



Friday, November 2, 2012

Blog oh blog! Aku kembali...


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Setelah sekian lama aku menghilang tanpa khabar dan berita kini aku kembali..hihi..banyak komitmen yang harus dilakukan sebagai seorang mahasiswa ni. Bulan oktober baru-baru ni adalah bulan yang paling padat dengan aktiviti, assignment, kertas kerja, business plan, presentation, study week and for the last exam...arghh betul-betul memenatkan, nak arrange masa..itu la ini la...Alhamdulillah semuanya sudah selesai dengan jayanya dan kini harapan dan doa ku sandarkan kepadaNya supaya segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan. Amin ya Rabbal Alamin.

Time busy kalau ada masa free tu nak buka blog pun susah..adalah sekali dua tu buka and usha2 blog, tapi langsung tak da feel nak buat entri sebab di kepala aku time tu...assignment3! hehe...

So harap korang akan terus setia bersama blog aku yang tak seberapa ni yang mana pada suatu ketika dahulu agak femes rajin korang usha2 blog aku ni hihi

Semoga korang semua dalam keadaan sihat walafiat bersama insan tersayang...sekian dari ku..

*nantikan entri baru menyusul dalam beberapa hari ni...love u all ;))

Monday, September 24, 2012

SHILA AMZAH JUARA ASIAN WAVE 2012



SHANGHAI, 21 SEPTEMBER 2012: Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi.

Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.

Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:

Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting :) Lets trending #TahniahShilaAmzah :)

Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. -murai.com

proud of you shila!



Monday, May 21, 2012

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?



Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.


Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.


kredit: myberita.com


Sunday, May 20, 2012

Keputusan Penuh Konsert AKHIR MANIA 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera...penantian 10 minggu kini sampai ke penghujungnya. Konsert AKHIR MANIA yang penuh gilang-gemilang yang disiarkan secara langsung di Astro Ria dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil. Menampilkan artis-artis terkemuka tanah air berentap di satu pentas yang sama iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Hazama dan Aril.

Berikut keputusan penuh KONSERT AKHIR MANIA :


Tempat Ketiga



Jaclyn Victor (Empayar Biru)
Membawa pulang RM 100,000


Tempat Kedua


 Stacy (Empayar Merah)
Membawa pulang RM 200,000


Juara


Hafiz (Empayar Hijau)
Membawa pulang RM 500,000


Tahniah kepada pemenang! 


Friday, May 18, 2012

Datuk SHAH RUKH KHAN diharamkan menjejakkan kaki ke stadium seumur hidup...kesian...



Malang tak berbau apabila bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan diharamkan menjejakkan kaki ke Stadium Kriket di Mumbai pada Rabu lalu...aduhaiii....

Sebab apa? dikatakan SRK didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang Stadium berkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan.


Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.

Nasib baik SRK ni tak jadi RA. One macam dalam filem lakonannya tu...kalau tak dah habis pengawal keselamatan dan stadium kriket tu dia jurus-jurus sailormoon...hihi



Macam-macam dowhhh....

Koleksi GAMBAR DISPLAY PROFILE mogok lapar Palestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Koleksi gambar Display Profile (DP) untuk profile picture facebook (fb) bagi kempen mogol lapar Palestin. Mesti ramai tertanya, kenapa sekarang ni ramai yang telah menukar profil gambar mereka kepada warna coklat sebegini. Sebenarnya tahanan Palestin sekarang sedang mengadakan mogok lapar paling terbesar dalam sejarah dunia. Dicatatkan mogok lapar selama 76 hari tanpa makan dan minum bagi menentang kekejaman israel laknatullah. Antara tuntutan mereka adalah hak asasi sebagai tawanan perang, pendidikan dan lain-lain seperti yang diishtiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Dengan menukar gambar profil, tanda sokongan kita dapat dipancarkan untuk menuntut hak-hak mereka yang dianiaya. Doakan mereka agar Allah sentiasa memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin...sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin.

           Kenji Kobayashi  Ashraf Mohd    
    

kredit: melvister.com


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com