OUR ADVERTISEMENT

Sunday, May 13, 2012

HARI IBU SETIAP HARI


Sambutan Hari Ibu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.




Orang Islam, dari sudut syarak, tidak ada perayaan melainkan Aidil Fitri dan Aidil Adha. Selain perayaan ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.


may I proceed now?...so let's check it out :)

my beloved momma...


secoret kata ini, ku tuliskan
BETAPA BESAR PENGORBANAN MU UNTUK ANAK MU
kini aku bisa memahami,
BETAPA BERERTINYA DIRI MU DI DUNIA KU




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dengan izinNya kita masih bernafas sehingga ke saat ini bersama orang-orang yang tersayang. UCAPAN TERIMA KASIH buat ibu-ibu kita yang telah melahirkan kita atas dengan izinNya jua. Sempena hari ibu ini, fahmi di sini mengucapkan SELAMAT HARI IBU khusus kepada momma ku yang tercinta, Puan Fatimah Haji Mahlan, ENGKAULAH RATU HATIKU, SUMBER ILHAMKU, PEMBAKAR SEMANGATKU...ENGKAULAH SEGALA-GALANYA BUATKU MOMMA..salam sayang daripada anaknda mu pami serta abang-abang dan kakak ku...love you so much! Muahhhhh!

IKLAN JAP....stay tuned...

Ucapan salam ikhlas juga ditujukan kepada insan-insan yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu di seluruh dunia tak kiralah, mummy, ummi, emak atau seumpamanya yang telah melahirkan dan menjaga kita hingga ke hari ini, SELAMAT HARI IBU!!!..semoga terus tabah menjalani kehidupan seorang ibu yang mithali.


PUISI BUAT MOMMA

MOMMA...
Aku lahir tanpa apa-apa,
Engkaulah yang mengajariku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Berharap aku kan jadi orang yang berguna..

Ketika aku menangis dalam takut,
Engkaulah yang menenangkanku..
Dan ketika aku jatuh sakit,
Engkaulah yang selalu berada di sampingku..

Engkau menegurku ketika aku salah,
Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,
Engkau menghiburku ketika aku sedih,
Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka..

Kini aku telah dewasa,
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita,
Berharap kan menjadi orang yang berguna,
Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga..

Terima kasih momma,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...


SAYANG MAMA SELALU !!!
KASIHMU MEMBAWA KE SYURGA...




2 comments:

Syafiq Ahadin said...

happy mommas day tooo!!!!! :)

are you momma? Big Momma! :P

Unknown said...

selamat hari ibu utk ur momma ok. :)

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com