OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, May 16, 2012

Jasa mu tetap ku kenang...SELAMAT HARI GURU




Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sempena hari guru 16 Mei pada setiap tahun ni, ku ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru di seluruh Malaysia.

Ucapan khas ditujukan kepada cikgu-cikgu, ustaz ustazah ku yang pernah pengajarku selama ini iaitu di Tabika Kemas Pekan Weston, Sekolah Kebangsaan Weston, Sekolah Agama Islam Weston, Sekolah Menengah Agama Limau-Liamaun Kimanis, Papar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Weston, Beaufort Sabah. Juga kepada pensyarah-pensyarah ku yang berada di Universiti Teknologi MARA Sabah, selamat hari guru dari anak didik mu...berbelit-belit lidah dibuatnya..kikiki...

Tanpa mu siapalah aku...jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ku.

Jeng...jeng...jeng...selamat hari guru kepada rakan-rakan seperjuangan yang pernah bersamaku iaitu Mohd Fadzil dan Nur Siti Zahara masing-masing berada di IPG Kampus Gaya, Sabah dan IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Wish you all success dalam bidang yang diceburi and menjadi cikgu yang diminati oleh anak-anak murid..jangan garang-garang okeyh..hihihi..(^_~)v

Klik banner terjah blog dorang...


Cikgu Fadzil


Cikgu Zahara


Puisi indah untukmu wahai cikgu...

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.


LOVE YOU ALL MY TEACHERS


"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"





No comments:

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com