OUR ADVERTISEMENT

Thursday, February 24, 2011

Pentafsiran ku tentang dunia blogging

Pernah juga aku buat blog selepas SPM '08, seingat aku bulan april 2009. Time tuh mau cuba2 ja...adalah beberapa entri yang aku sempat post (lupa sdh emel & password yg aku guna, so ini blog baru ^_^). Selepas tu terhenti di situ ja coz busy mau prepare masuk ke tingkatan 6 bawah lagi. Tak sempat 1 bulan duk di skul aku yang tercinta tu, Alhamdulillah ada tawaran dari UiTM then masuklah ke IPT (skg masih stdy).


Okay2...panjang lebar pula citer aku kat atas tu..hihi..berbalik kepada aku dan dunia blog ni, memang tidak dinafikanlah, jaringan IT begitu meluas kat planet yang serba canggih ni. Tak kira tua atau muda semuanya serba tau tentang IT tanpa sepadan ni. Dari hari ke hari, ada saja menginovasian yang berlaku..kita sebagai users ni, patut bersyukur kerana masih ada manusia yang cendekiawan sebagai pencetus evolusi baru di era IT ni.
Mendalami dunia blog ni memberikan aku 1 inspirasi berguna dalam menjalani setiap titik kehidupan,cehhhh bukan taksub ya..maksud aku di sini, kita dapat mengembangkan dan berkongsi idea dengan blogger2 yang lain, sebab kita tahu bahawa blog kita akan dilawati oleh orang lain. Global tau..hihi
Siapa kita di dunia blogging?, ini yang harus dititikberatkan, kerana dari segi penceritaan atau perkongsian ilmu yang kita posted ke dalam blog tu sendiri menggambarkan siapa kita sebenarnya tapi bukan 100% lah untuk menunjukkan attitude seseorang itu..sebab kita juga harus tau, sesetengah manusia hanya pandai berkata-kata..in english, cakap tak serupa bikin...hehe..minta maaflah kalau terasa tu kan (^_^).
Kebebasan bersuara? ini menjadi satu medium kita semua sebagai blogger untuk meluahkan rasa ketidakpuas hatian atau cadangan tentang sesuatu masalah yang berlaku. Namun di negara kita ni terdapat segilintir pihak yang masih menafikan hak kebebasan individu untuk bersuara..ini kah negara demokrasi??...minta maaflah jikalau aku menyentuh hak sensitiviti politik tentang perkara ni, tapi inilah kenyataan. Apa yang penting di sini adalah pembaca blog itu sendiri, biarkan mereka menilai setiap isu yang berlaku. Terutama generasi muda pada masa sekarang yang mampu berfikir secara proaktif dan dinamik.
Aduhhh..mencurah-curah pula ayat yang aku mau taip ni, tak apalah ini sekadar yang termampu aku buat....segala penceritaan di atas adalah datang dari buah fikiran tuan punya blog. Walaupun  aku baru berjinak-jinak dalam blogging ni, sedikit sebanyak dapatlah mengetahui apa sebenarnya perihal blogging ni pada diriku.

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com