OUR ADVERTISEMENT

Thursday, February 24, 2011

Ratu gegar UiTM

Bukan kumpulan ratu dari Indonesia tu yerr...alkisah, mesti ada yang dah tau kan tentang filem terbaru arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen iaitu Ratu The Movie. Nak tau tak, buat julung kalinya tayangan filem ratu yang belum memecah di pawagan2 seluruh negara akan masuk dulu di dewan serbaguna gymnasium UiTM Sabah pada hujung minggu ni..hehe..

Poster yang ada dilekatkan di blok akademik UiTM Sabah


Sinopsis Filem Ratu
Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.
Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.

Ratu The Movie
Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Syarikat Penerbit : Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Pengembaraan
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Mac 2011
Audio : Dolby
Format : 35mm
::::::::::kalau ada kesempatan aku p la tengok ni filem, depends on my time:::::::::

No comments:

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com